Kesihatan Tubuh Badan

|
Tuntutan Ke-4:
"Saudara mestilah segera melakukan pemeriksaan kesihatan secara umum. Saudara mestilah mengubati penyakit yang ada pada diri saudara. Saudara mestilah mengambil berat tentang sebab-sebab yang boleh membawa kekuatan dan pertahanan anggota saudara dan saudara mestilah menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kelemahan kesihatan saudara."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

RasuluLlah SAW telah bersabda:
"Dan mu'min yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mu'min yang lemah, dalam setiap perkara."
[Muslim]

Kita semua, secara individu hendaklah sentiasa mencari-cari sebab yang mendatangkan kekuatan kepada kita. Dan selagi mana kemampuan itu masih lagi ada, kita hendaklah melakukannya. Maka dalam konteks ini, apakah ada yang lebih baik dari mencegah atau mengubati penyakit-penyikit yang membawa kepada kelemahan tubuh badan? Di dalam perundangan Islam itu sendiri, kebanyakan undang-undang masyarakat berupa pencegahan, yang telah terbukti keberkesanannya. Sepertimana pernah suatu ketika pada zaman RasuluLlah SAW dan para sahabatnya. Zaman-zaman generasi al-Qur'an yang begitu dan teramat sangat unik.

Selain dari itu, kekuatan tubuh badan juga memerlukan penjagaan dan latihan. Andaikata, senaman kita hanya dengan duduk di depan komputer menarikan jemari di atas keyboard, dan tidak melakukan senaman jenis lain, maka tunggulah. Tunggulah apabila tiba saat-saat genting yang yang memerlukan kekuatan tubuh badan dan stamina yang tinggi, siapakah yang akan terasa kesannya dan siapakah yang rugi?

Dan akhirnya, marilah kita ingat bahawa segala apa yang ada yang dapat dilihat oleh mata dan juga yang tak dapat dilihat oleh mata, kesemuanya adalah milik Allah SWT. Tubuh badan kita ini perlu dijaga dengan baik sepertimana kita menjaga barang berharga yang diamanahkan kepada kita oleh seseorang yang sangat rapat dengan kita. Bahkan penjagaan yang lebih hebat adalah lagi baik. Dan sesungguhnya, penjagaan itu bukan kerana itu sahaja tetapi juga agar kita ini sentiasasa dapat menjalankan tuntutan Allah terhadap kita dan tanggungjawab kita kepada Allah.
"Wahai saudaraku, jadilah orang yang hebat! Kerana Islam itu hebat dan hanya orang-orang yang hebat sahaja dapat memperjuangkannya!"
[Muhannad at-Tahir, 4th Muhandis of al-Qassam Brigade]

2 comments:

Anonymous said...

Apasal tentera x tutup aurat..hehehe

Mashizaki Keikan said...

tak tutup aurat? hmm... mungkin bukan mazhab syafi'e kot. Ada mazhab lain yang kata tu bukan aurat. Atau... Atau... Hmm.. tak pasti, tapi kena tanya orang yang lebih arif. Tentang hukum-hakam dan juga waqi' (suasana) tempatan.