Another more blothings...

|
Your Power Bird is a Vulture

You are always changing your life and the lives of those around you.
You aren't afraid to move on from what holds you back.
Energetic and powerful, you have a nearly unlimited capacity for success.
You know how to "go with the flow" and take advantage of what is given to you. This might not be 100% true though...
Teruskan membaca!

Sarana-sarana Da’wah

|
Sarana-sarana Da’wah
Seorang teman berkata bahawa ia merasa tidak mempunyai kemampuan untuk berda’wah, kerana dia bukan seorang yang faqih dan bukan seorang yang tahu banyak tentang cara da’wah. Adapun hadith-hadith Rasul S.A.W. yang berkaitan dengan da’wah yang telah dibacanya merupakan sebuah barakah. Ia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah dari barakah adalah produktivitas.

Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Senyummu pada wajah saudaramu adalah sedekah.” Jadi, jika anda tidak tersenyum pada wajah saudara anda, maka anda tidak mendapatkan pahala sedekah itu. Jika setiap muslim mahu memberi senyum tatkala bertemu dengan saudaranya sesama muslim, kita akan menjumpai sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai.

Inilah barakah dari sebuah senyuman yang tulus. Allah S.W.T. pernah menegur Rasulullah S.A.W. tatkala beliau bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum R.A., Allah berfirman:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
['Abasa, 80:1-3]
Dari contoh ini anda akan mengetahui bahawa setiap yang datang dari Rasulullah adalah cara da’wah dan manhaj tarbiyah. Marilah kita mengambil salah satu contoh dari hadith-hadith berikut yang mengajarkan tentang sarana dan cara da’wah yang mudah dipelajari dan diterapkan oleh para da'i. Anda akan melihat bahawa pelajaran-pelajaran itu sangat gamblang dan akan menyedari bahawa daya tangkap kitalah yang memang belum sampai.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah S.A.W. bahawa beliau bersabda,
Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman).
[Muslim]
Pertama, jika bertemu maka berilah salam. Mengucapkan salam adalah langkah pertama, akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian anda telah menapaki tahap awal dalam berda’wah.

Kedua, jika tidak kelihatan maka cari tahulah. Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus mencari khabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik melawat, telefon mahupun surat.

Ketiga, jika sakit maka jenguklah. Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira, sedih, atau sakit; dan setiap kondisi harus disikapi dengan sikap yang Islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika anda membawa hadiah yang sesuai. Rasulullah S.A.W. bersabda,
Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai.
[Malik dalam al-Muwatta’]
Dari Abu Hurairah R.A. , Rasulullah S.A.W. bersabda,
Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di surga.' "
[Muslim]
Di tempat teman anda tersebut, anda pun dapat berkenalan dengan teman-temannya. Dengan demikian anda akan semakin banyak mempunyai kenalan. Jangan sampai kunjungan itu anda pergunakan untuk membaca qur’an, majalah, atau berbicara yang tidak ada gunanya, agar tujuan kunjungan tersebut dapat terwujud. Jika anda masuk rumahnya, hendaklah anda duduk di mana anda dipersilakan duduk. Diriwayatkan dalam sebuah athar,
Barangsiapa masuk rumah salah seorang di antara kamu maka duduklah di tempat tersebut, kerana kaum itu lebih mengetahui aurat rumah mereka.
[Thabrani]
Keempat, jika ia mengundangmu maka penuhilah. Setelah melewati tahapan-tahapan di atas maka hubungan antara kalian akan semakin erat. Suatu saat teman anda akan menghadapi keadaan-keadaan penting, seperti sukses dalam tugas, pernikahan, atau yang lainnya, lalu ia mengundang anda untuk menghadiri acara-acara tersebut. Anda harus memenuhi undangan tersebut kerana ini merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa harus anda rencanakan sebelumnya. Begitu juga sebaliknya, anda pun harus mengundangnya dalam acara-acara penting yang anda adakan.

Kelima, jika ia bersin dan mengucapkan ”hamdalah" maka jawablah (ucapkan ”yarhamukallah") Duduk bersebelahan dengan orang yang belum dikenal di suatu tempat, baik di perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk di sebelah anda itu bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, ”yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda)". Tentunya hal ini akan menjadikan dirinya merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

Keenam, jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke tempat pemakamannya. Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan dikubur? Pada hakikatnya, mengantar orang lain yang meninggal ke tempat pemakaman adalah mengantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan merenungkannya. Ini merupakan sebuah sunnah Rasulullah S.A.W. yang menggambarkan kesatuan kaum muslimin. Jika sebelumnya anda dapat mengenal peribadi orang yang telah meninggal dunia, maka sekarang anda dapat menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya. Dari Abu Hurairah R.A. , Rasulullah S.A.W. bersabda,
Barangsiapa menghadiri jenazah hingga mensolatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath.” Seorang sahabat bertanya; ‘Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab, ”Seperti dua gunung yang besar.
[Muttafaqun 'Alaih]
Sumber: "Jalan ke Hati" 'Abbas as-Siisi
Teruskan membaca!

Where is GOD?

|


I originally posted this video on my "Video of the day" but then I suddenly and recently changed my mind. This topic is a contraversial topic, so why don't I post it as a post? Then people would comment, so I want comments...

By the way, the speaker is Syeikh Yusuf Estes, a once Christian preacher...
Teruskan membaca!

of Raya and 'Eidul Fitri (عيد الفطري)

|
Dad's side...
Barisan depan sekali: Kakak, Aby, Dolly, Adik, Kakcik.
Tengah: Paksu, Opah, Maksu.
Belakang: Yeop, Uncle Sham, Auntie Nur, Abah, Mum, Angah, Byang.


Mom's side...
Depan: Adik, Kakak, Byang, Angah, Abah, Yeop, Kakcik, Hafiz.
Belakang: Maklong, Atok, Wan, Mama.


عيد مبارك!
كل عام وأنتم بخير.
من أخوك عمَار


*Malas nak tulis nama penuh, semua tak nak panjang lagi.
Teruskan membaca!

Hadith 20 Kalam Nubuwwatil Uula

|
Aku (bukan gambar di atas ye!) merupakan seorang insan yang suka memerhati gelagat orang di sekitarku. Dan juga seorang yang suka bertanya mengapakah ini dan itu terjadi? Mengapa orang itu melakukan perkara-perkara itu? Dan bermacam-macam persoalan lain.

Suatu ketika dahulu, aku pernah belajar di suatu sekolah yang hebat. Kerana di dalam sekolah itu wujudnya suasana yang soleh. Di sana, aku telah diberikan peluang oleh al-'Alim (العليم) untuk menuntut sebahagian dari ilmuNya yang Maha Luas. Di situ juga, aku telah mempelajari tentang dakwah dan usrah, dan sedikit sebanyak ia telah menambahkan ilmuku.

Setelah itu, aku keluar... Dan graduate dari sekolah kesayanganku itu, dan memasuki alam yang lain, iaitu alam matrikulasi. Tempoh-tempoh pertama aku berada di matrikulasi tersebut, ia secara tidak langsung telah memberikan sedikit sebanyak gambaran terhadap masyarakat Malaysia kita secara amnya. Suasananya yang sangat berbeza dari keadaan sebelumnya. Aku melihat dengan terang dan jelas lagi nyata, orang bercouple, bergaul bebas lelaki dan perempuan, laki pegang perempuan, pendedahan aurat, ponteng kelas dan macam-macam lagi.

Begitulah juga keadaan yang berlaku apabila aku pergi ke peringkat yang seterusnya, suasananya masyarakat secara amnya sama walaupun orang-orangnya telah berubah dan bersilih-ganti.

Seringkali persoalan ini timbul di sanubari ini, "Apsal depa buat macam ni? pelik... betui??" Tetapi kadang-kadang diri ini juga yang menjawab balik persoalan tersebut, "Mungkin depa tak tau kot? Mungkin..?" Tetapi lagi, bertambah kehairananku, bila orang-orang yang mempunyai latar belakang pengajian agama pun menjadi dalang dalam perbuatan-perbuatan tersebut. Bertambah-tambah lagi pertanyaanku:

Mengapa manusia yang dijadikan Allah dengan fitrahnya itu tetap melakukan maksiat dan dosa sedangkan secara fitrahnya ia tidak suka melakukan yang sedemikan itu?
"Mengapa..?"
"Mengapa..?"
dan "Mengapa?!?"

Aku mencari dan pencarianku itu berhasil...
Oh, mungkin sebab ini kot.
Padanlah depa buat walaupun hati kata salah,
dan walaupun depa tahu salah:


Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Ansari al-Badri, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Among the things that people have found from the words of the previous prophets was: 'If you feel no shame, then do as you wish'."
[Bukhari]

Dari Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amru al-Ansari al-Badri R.A. katanya, RasuluLlah S.A.W. telah bersabda:
"Sesungguhnya manusia mendapati sesuatu yang utama dari kalam nubuwwah: 'Andai engkau tidak malu, lakukan sesuka hatimu'."
[Bukhari]

--->Malu?<---
Teruskan membaca!

Sirah dan Hadith...

|
Tuntutan Ke-3:
"Saudara mestilah mempelajari sirah RasuluLlah S.A.W. yang suci, sejarah para salafussaleh pada waktu-waktu kelapangan saudara. Saudara mestilah paling kurang membaca buku 'Hummatul Islam'. Saudara mestilah banyak membaca hadith RasuluLlah S.A.W.. Saudara mestilah menghafaz paling kurang empat puluh hadith, dan yang sebaiknya adalah hadith empat puluh Imam Nawawi. Saudara mestilah mempelajari risalah tentang aqidah dan risalah tentang ilmu fiqh."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

Umat ini tidak akan hidup tanpa mengkaji dan mempelajari al-Qur'an, Sunnah dan sirah. Kerana di dalam al-Qur'an dan Sunnah terdapat hidayah dan petunjuk, manakala di dalam sirah pula terdapat pimpinan qudwah. Sejauh mana umat Islam berhubung rapat dengan al-Qur'an, Sunnah dan sirah, maka sejauh itu jugalah mereka layak dicalonkan untuk menunaikan kewajipan yang paling tinggi. Pengkajian terhadap sirah RasuluLlah S.A.W. dan kehidupan para sahabat sahajalah yang akan dapat menjadikan generasi umat umat ini meningkat ke peringkat kepimpinan yang paling tinggi.

Tanpa pengkajian ini, peningkatan tidak akan berlaku. Banyak contoh yang boleh didapati dalam sejarah Islam yang boleh dijadikan panduan dalam sudut-sudut tertentu, walaupun demikian contoh ikutan yang paling tinggi dalam semua perkara ialah RasuluLlah S.A.W. dan generasi yang dididiknya.

Dalam beberapa kurun yang telah berlalu umat Islam telah berpecah-belah kepada beberapa puak sebagai akibat daripada kefahaman yang salah. Oleh yang demikian, pengkajian terhadap ilmu usul aqidah yang terdapat dalam kitab-kitab Ahli Sunnah wal Jama'ah yang diiktiraf adalah penting supaya dengan itu seseorang muslim akan mempunyai benteng yang kukuh.
Teruskan membaca!

Perelok bacaan Qur'an

|
Tuntutan Ke-2:
"Saudara mestilah memperelokkan bacaan al-Qur'an, mendengar dan mengamati pengertiannya."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

Di antara hak al-Qur'an ialah kita perlu membacanya dengan memperbaik suara sewaktu membacanya, dan membacanya dengan perlahan:

"Dan bacalah dengan bacaan yang perlahan-lahan."
[al-Muzammil, 73:4]

Saad bin Abu Waqas R.A. telah meriwayatkan bahawa RasuluLlah S.A.W. telah bersabda:

"Sesunguhnya al-Qur'an turun dalam keadaan dukacita, apabila kamu membacanya hendaklah kamu menangis. Jika kamu tidak menangis, hendaklah kamu paksakan diri kamu menangis. Bacalah al-Qur'an dengan berlagu, kerana barangsiapa yang tidak membaca al-Qur'an dengan berlagu beliau bukanlah dari golongan kami."
[Ibnu Majah]

Lagu yang dimaksudkan ini ialah dukacita dan melahirkan perasaan khusyu' di samping membaca dengan bacaan yang bertajwid. Jabir R.A. telah berkata bahawa RasuluLlah S.A.W. telah bersabda:
"Orang yang paling baik suaranya (apabila membaca) al-Qur'an ialah orang yang apabila kamu mendengarnya membaca (al-Qur'an) kamu terus menganggapnya takut kepada Allah."
[Ibnu Majah]
Teruskan membaca!

Basahnya Lidah dengan KalamuLlah

|
Tuntutan Ke-1:
"Saudara mestilah mempunyai wirid harian yang tertentu dari al-Qur'an (yang mana ianya) tidak kurang dari satu juzuk setiap hari. Saudara mestilah bersungguh-sungguh untuk mengkhatamkan al-Qur'an tidak lebih dari satu bulan dan tidak kurang dari tiga hari."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

Pernah suatu ketika dahulu, apabila diri ini ingin pergi ke sekolah, lidah ini sentiasa basah dengan membaca al-Qur'an. Dan pada ketika itu, kemanisan demi kemanisan dirasai. Kemanisan yang hanya dapat dibayangkan oleh orang-orang juga melakukan. Antara pada ketika itu ialah, dapat merasai betapa khusyu'nya solat ketika itu. Secara tidak langsung, aku dapat memahami sedikit-sebanyak mengapa al-Qur'an itu dikatakan sebagai nur dan pembersih hati.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh hati bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
[Yunus, 10:57]
Teruskan membaca!