Petronas II

|

AlhamduliLlah...
الحمد لله رب العالمين
على كل حال وفي كل نعمة

Teruskan membaca!

Kalimah-kalimah Allah di Mana-mana

|
Lihatlah, fikirkanlah dan fahamilah...











Allah telah menciptakan langit yang mempunyai tujuh lapisan. Dan juga bumi yang hidup di atasnya bermacam jenis hidupan. Allah telah menciptakan segala apa yang hidup dan juga segala apa yang mati. Dan Sang Khaliq ini jugalah yang telah menciptakan segala sesuatu, sama ada yang zahirnya atau yang ghaib.

Maha Kuasa Allah yang juga telah menciptakan manusia dari segumpal tanah, yang kemudiannya keturunannya pula dari setitis air mani yang sangat hina. Dan manusia dijadikan berperingkat-peringkat sehinggalah ia menjadi sempurna dan lahir kedunia ini. Lahir dalam keadaan yang penuh dengan penyerahan diri kepada Allah, dengan fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Maka segala anggota yang Allah berikan itu berfungsi mengikut fungsinya, menurut kehendak aqalnya.

Adapun mata itu juga merupakan salah satu dari hamba-hambanya yang dipinjamkan kepada manusia dengan fungsinya yang tertentu. Dan aqalnya serta hatinya juga dicipta oleh al-Khaliq untuk menjalankan fungsi yang tertentu. Demikianlah sifat pemurahnya Allah. Tuhan ar-Rahman telah menyampaikan kepada kita di dalam al-Qur'an, bahawasanya mata itu digunakan untuk melihat, aqal untuk memikir dan hati pula untuk memahami apa yang dilihat.

Maka melihatlah mata, akan segala apa yang ada di muka bumi, dan juga yang ada di langit yang di antaranya ialah: Planet-planet yang bergerak di dalam orbitnya, tidak berlanggaran sesama sendiri. Burung-burung yang berterbangan tanpa ada apa menyokongnya dari atas dan dari bawahnya. Pokok-pokok hijau yang meliputi bumi, membekalkan oksigen kepada manusia. Sehingga ikan di dalam air pun dilihatnya.

Kemudian aqalnya menterjemahkan apa yang dilihatnya itu, siapakah yang telah menciptakan itu dan ini? Siapakah yang membenarkan itu terjadi? Siapakah yang telah mengajar mereka semua ini? Siapakah yang telah mentadbir dan memelihara sunnah ini? Siapa..? Siapa..? Maka difikir-fikirkanlah si aqal manusia, sehingga ia memperoleh jawapan.

Adapun jawapan tersebut hanya akan diperoleh, apabila hati pula mentafsirkan, apa yang difikirkan dan dilihat. Maka datanglah kepadanya kefahaman dan keyakinan, bahawa yang telah menciptakan segala sesuatu yang dilihat itu tidak lain dan tidak bukan, adalah Allah yang Maha Berkuasa.

Mereka yang hatinya faham dan yakin, akan mengiqrarkan apa yang dilihatnya itu dan kemudian disusuli pula dengan amal. Inilah dia hakikat keimanan. Keimanan seperti imannya Ibrahim a.s. yang juga telah melihat, memikirkan, dan memahami. Juga orang-orang lain yang mendapat pertunjuk dariNya.

Akan tetapi, di bumi ini... Ada di kalangan manusia yang mempunyai mata tapi buta, mempunyai aqal tetapi tidak memikirkan, dan mempunyai hati tetapi tidak memahamkan. Mereka inilah orang yang telah disebut di dalam al-Furqan:
"Dan sesungguhnya Kami akan memenuhi Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
[al-Furqan, 7:179]

Begitu luas dan banyaknya ciptaan Allah, apa yang dapat dilihat hanya perkara-perkara yang "kecil". Apalah sangat kalimah-kalimah Allah yang ada itu berbanding dengan seluruh penciptaan Allah yang lain di sisiNya? Ya, memang kalimah-kalimah itu merupakan salah satu daripada ciptaan Zat al-Khaliq, akan tetapi butalah mata dan hati manusia yang hanya nampak kekuasaan Allah pada kalimah-kalimah tersebut. Dan rugilah mereka.

Inilah hakikat manusia sekarang. Kekuasaan Allah hanya wujud apabila fenomena-fenomena "ganjil" seperti ini berlaku. Apabila awan membentuk seperti kalimah Allah, apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumubuhan, apabila pokok kelihatan seperti orang yang sedang ruku', dan banyak lagi, maka pada saat itu sahajalah mereka berasa takjub akan kekuasaan Allah.

Oleh itu, marilah kita menjadi golongan yang Allah sebutkan di dalam sepuluh ayat terakhir surah Aali 'Imran:
"Iaitu orang yang mengingati Allah, ketika berdiri, dan ketika duduk, juga ketika mereka sedang berbaring, dan mereka bertafakkur tentang kejadian langit dan bumi (lalu berkata:) 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini sia-sia maka jauhkanlah kami dari azab api neraka'..."

Teruskan membaca!

Jalan Da'wah

|

Syeikh Mustafa Masyhur مصطفى مشهور telah berkata di dalam bukunya "Jalan Da'wah":

طريق الدعوة طريق واحدة
سار رسول الله (ص) وصحابته من قبل
وسار الدعوة ونسير عليها
بتوفيق من الله من بعد:
إيمان وعمل ومحبة وإخاء
دعاهم إلى الإيمان والعمل
ثم جمع قلوبهم على الحب والإخاء
فإجتمعت قوة العقيدة إلى قوة الوحدة
وصارت جماعتهم هي الجماعة النموذجية
التى لا بد أن تظهر كلمتها
وتنتصر دعوتها
وإن ناوأها أهل الأرض جميعا.


شيخ مصطفى مشهور في الكتاب طريق الدعوة

"Jalan Da'wah itu adalah jalan yang satu.
RasuluLlah S.A.W. dan para sahabatnya
telah berjalan di atasnya sebelum ini,
dan kami (juga) dengan taufiq Allah
berjalan di atasnya dengan berbekal:
Iman, amal, kasih-sayang dan persaudaraan.
Mereka (RasuluLlah S.A.W. dan para sahabatnya)
berda'wah kepada iman dan amal,
dan hati-hati mereka berhimpun
di atas kecintaan dan persaudaraan.
Maka perbadulah kekuatan aqidah
kepada kekuatan kesatuan.
Terjadilah jamaah mereka jamaah contoh,
yang tidak boleh tidak
pasti akan jelas kalimah-kalimahnya
dan akan menang da'wahnya
walaupun seluruh penduduk bumi
menentangnya."
Teruskan membaca!

Kisah Hadi

|


Suatu kisah yang membuka pemikiran,
Especially to those yang berminat dengan usrah...
Teruskan membaca!

Khusus di Bulan Ramadhan...

|

Jagalah jalanmu menuju ke syurga...
Teruskan membaca!

Akhirnya... Tibalah ia~

|


Pada bulan inilah
pintu rahmat dibuka seluas-luasnya,
Pada bulan inilah
al-Qur'an diturunkan,
Pada bulan inilah
'IbaaduLlah hilang malu beribadah,
Maka pada bulan ini jugalah,
mereka membudayakan tilawah di mana²
sahaja mereka berada...
Teruskan membaca!

Da’wah Fardiyah

|
Da’wah Fardiyah

Setelah Abu Thalib meninggal dunia, penderitaan Rasulullah S.A.W. semakin berat, sehingga beliau pergi ke Thaif untuk mencari perlmdungan dari suku Tsaqif, dengan harapan agar mereka mahu menerima ajaran Islam. Ketika sampai di Thaif, beliau menjumpai tokoh-tokoh dari suku Tsaqif, yang mereka itu tiga bersaudara: Abdu Yalail bin Amr bin Umair, Mas'ud, dan Hubaib. Baginda mengajak mereka untuk mengikuti ajaran Islam dan menjelaskan maksud kedatangannya. Akan tetapi, mereka tidak mahu menerima kedatangan beliau, bahkan memanggil kaumnya dan menyuruh mereka agar mengusir dan mengolok-olok Rasulullah S.A.W.

Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah, yang waktu itu keduanya ber-ada di kebun tersebut dan mengetahui apa yang sedang dialami oleh Rasulullah S.A.W. Rasulullah duduk di bawah pohon kurma. Sementara itu hati kedua pemilik kebun
itu tergerak untuk menolong, lalu menyuruh pembantunya yang biasa dipanggil Adas, "Ambillah setangkai anggur dan letakkan di nampan ini, lalu berikan kepada orang itu." Adas pun melaksanakan perintah tersebut dan datang ke hadapan Rasulullah seraya berkata, "Silakan dimakan." Rasul menerima anggur tersebut, lalu memetiknya, setelah itu membaca "bismillahirrahmanirrahim" dan memakanNya.

Mendengar bacaan itu, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan. "Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah berkata, "Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?" Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, saya dari negeri Ninawai." Rasulullah bertanya, "Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?" Adas berkata, "Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" RasuluUah menjawab, "Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi." Mendengar jawapan itu, Adas langsung menubruk Nabi, menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki beliau.

Kedua pemilik kebun itu melihat kejadian tersebut, lalu seorang di antara mereka berkata kepada yang satunya, "Pembantu kita sudah diracuni oleh laki-laki itu." Tatkala Adas datang menghadap, keduanya berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, apa yang menyebabkan kamu menciumi kepala, kedua tangan, dan kedua kaki orang itu?" Adas berkata, "Tuanku, tidak ada yang lebih baik dari ini. Dia telah memberi tahu kepadaku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi." Mereka berkata, "Celakalah kamu wahai Adas, jangan sampai omongannya menjadikan kamu berpaling dari agamamu, kerana agamamu lebih baik daripada agamanya."

Saudaraku,
Kita sudah membaca kisah di atas. Sekarang mari kita petik pelajaran yang ada di dalamnya. Mari kita lihat bagaimana cara Rasulullah memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan, hingga mahu mengikrarkan keIslamannya tatkala Adas datang kepada Rasulullah dengan senampan anggur lalu berkata, "Makanlah," Rasulullah memulai langkah pertamanya: beliau mengambil anggur itu dan membaca "bismillahirrahmanirrahim", lalu me-makannya. Seandainya Rasulullah tidak mengucapkan "bismillahirrahmanirrahim", tentu Adas tidak akan berkomentar apa pun.

Di sinilah terlihat pentingnya menonjolkan karakteristik Islam dengan melaksanakan sunnah Rasulullah, yang juga merupakan proklamasi aqidah Islamiyah di negara-negara nonmuslim, kerana dengan begitu kaum muslimin dapat mengenal satu sama lain.

Langkah kedua adalah tatkala Adas memandang beliau dan berkata, "Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini." Rasulullah lalu berkata, "Wahai Adas kamu berasal dari negeri mana dan apa agamamu?" Rasulullah memanggilnya dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama secara langsung itu mempunyai erti yang amat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan. Kemudian beliau menanyakan tentang negeri dan agamanya. Ini merupakan sebuah rangkaian pembicaraan yang berurutan secara rapi.

Adas menjawab, "Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawai." Lalu Rasul bertanya, "Apakah kamu dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yang shalih itu?" Kita melihat bahawa Rasulullah memberikan gelar kepada Yunus as. Dengan menyebut "hamba yang shalih". Inilah yang menjadikan hati Adas semakin tersentuh dan tertarik. la juga mengetahui bahawa Rasulullah mengetahui letak negeri Ninawai, sebuah negeri yang terletak di sebelah sungai Furat, Iraq. Ini semua menjadikan Adas semakin tertarik.

Adas bertanya, "Apa yang Anda ketahui tentang Yunus bin Matta?" Rasulullah menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia seorang nabi dan aku juga seorang nabi." Di sini terdapat sentuhan yang amat lembut. Ungkapan Rasulullah, "saudaraku," semakin membuat Adas tertarik dan percaya. Banyak kita jumpai orang yang bertanya tentang seseorang kemudian ia jawab, "la adalah saudaraku." Jawapan itu akan menambah keakraban dan rasa percaya. Dari nada bicara Rasulullah itu terlihat sifat tawadhu' beliau, iaitu beliau menyebut nama Yunus a.s. terlebih dahulu sebelum menyebut nama beliau sendiri. Di sini terdapat pelajaran yang amat penting dan berharga bagi seorang da'i.

Banyak di antara kita yang tatkala membicarakan seseorang yang mempunyai "kelebihan" mengatakan, "Dia sekolahnya bersamaan dengan saya," atau "Dia dulu satu fakulti dengan saya." Padahal yang lebih baik adalah, "Saya dulu bersamanya waktu di sekolah menengah," atau "Saya dulu satu fakulti dengannya."

Saudaraku,
Inilah yang terjadi antara Rasulullah dengan Adas. Sebuah kisah yang sederhana dan mudah dicerna. Jadi, bagi da'i yang ingin memetik pelajaran dari kisah ini tidak akan merasa kesulitan.

Saudaraku,
Sekarang marilah kita perhatikan kisah-kisah yang lain. Ada beberapa orang yang ingin menjumpai Rasulullah S.A.W. Salah seorang di antara mereka menceritakan, "Kami berusaha mencari tahu tentang Rasulullah, kerana kami belum pernah mengenal dan melihatnya. Kami bertemu dengan seorang laki-laki, lalu kami bertanya kepadanya tentang Rasulullah. la menjawab, 'Apakah kalian mengenalnya?' Kami menjawab, 'Tidak.' Ia berkata, 'Jika kalian masuk ke dalam masjid, maka Muhammad adalah seseorang yang duduk bersama Abbas bin Abdul Muthalib yang tak lain adalah pamannya.' Kami menjawab, 'Ya, kami mengenal Abbas, dia sering datang kepada kami untuk berdagang.' la berkata, 'Jika kalian masuk masjid, maka Muhammad adalah orang yang duduk bersama Abbas.' Kemudian kami masuk ke dalam masjid dan kami menjumpai Rasulullah yang sedang duduk bersama Abbas.

Kami memberi salam, lalu duduk di dekat mereka. Kemudian Rasulullah bertanya kepada Abbas, 'Wahai Abu Fadl apakah engkau mengenal dua orang ini?' Abbas menjawab, 'Ya. Ia adalah Bara' bin Ma'rur, seorang pemuka kaum dan ini Ka'ab bin Malik.' Rasul bertanya, 'Apakah dia penyair yang terkenal itu?' Abbas menjawab, 'Ya.'" Sungguh, saya tidak pernah melupakan ucapan beliau, "Apakah dia penyair yang terkenal itu?" Demikianlah metode Rasulullah dalam memikat hati mad'unya.

Waktu itu saya sedang berada di pejabat pusat Ikhwanul Muslimin di Kairo. Saya melihat Ustaz Hasan Al-Banna sedang berbicara dengan salah seorang pemuda (saat itu ada banyak pemuda yang hadir di sana). Dalam pembicaraan itu, Ustaz Hasan Al-Banna banyak menyanjung tokoh-tokoh muslim Syria. Lalu pemuda itu bertanya dengan nada kehairanan, "Apakah Ustaz sudah pernah berkunjung ke Syria?" Ustaz menjawab, "Saya sudah berniat untuk mengunjunginya, mudah-mudahan Allah mengabulkannya."

Akhirnya harapan itu pun terwujud. Pada tahun 1948 M. beliau pergi ke Syria dalam acara penyambutan kedatangan rombongan Ikhwanul Muslimin yang datang dari Mesir untuk bergabung dengan anggota Ikhwanul Muslimin Syria dalam latihan militer di Quthna, sebelum ikut terjun dalam perang melawan Yahudi di Palestin. Kedatangan Ustaz Hasan Al-Banna sendiri disambut gembira oleh massa yang melimpah ruah.

Pada tahun 1948 M. saya masuk dalam anggota pasukan militer yang dikirim untuk berperang di Palestin. Waktu itu saya berkunjung ke pejabat Ikhwanul Muslimin di kota Gaza atas nama Jam'iyah At-Tauhid. Di dalam buku tamu saya menjumpai tulisan Ustaz Hasan Al-Banna yang telah datang ke Palestin bersama battalion pertama untuk mengusir Yahudi tatkala Inggris menarik pasukannya pada bulan Mei 1948 M. Di antara bunyi tulisan itu adalah: "Hari ini saya berkunjung ke pejabat cabang Ikhwanul Muslimin di kota Gaza Hasyim...." Saya berhenti pada tulisan beliau, "Gaza Hasyim". Untuk pertama kalinya saya mengetahui bahawa Hasyim, kakek Rasulullah S.A.W., dimakamkan di kota Gaza.

Saya pergi bersama beberapa teman untuk mengunjungi orang sakit di sebuah rumah sakit di Jerman. Ketika kami sedang berjalan, kami berpapasan dengan seorang dokter muda yang kelihatannya berasal dari Jerman. Namun tiba-tiba ia mengucapkan "Assalamu'alaikum" kepada kami. Salah seorang di antara kami mengejarnya dan berkenalan. Dokter itu mengatakan bahawa dirinya seorang muslim. Begitulah, seandainya dokter itu tidak mengucapkan salam, maka kami tidak akan mengetahui bahawa la beragama Islam dan kami pun akan kesulitan mendapatkan orang yang dapat membantu kami.

Tatkala saya berada di Jerman, saya dan seorang teman naik sebuah trem cepat. Kami duduk di sebelah seorang tentara Amerika berkulit coklat. Tatkala mendengar kami berbicara dengan bahasa Arab, la berkata, "Kalian beragama Islam?" Kami menjawab, "Ya, Alhamdulillah, kami adalah orang Islam." Lalu ia berkata dengan suara agak keras, "Saya juga seorang muslim, nama saya Muhammad." Kemudian dengan cepat la merogoh tasnya dan mengeluarkan sebungkus rokok, lalu
disodorkannya kepada kami. Kami menolak tawaran itu dengan ucapan terima kasih dan meminta maaf. Kemudian ia bangkit dan menjabat tangan kami dengan hangat sekali dan berbicara dengan bahasa Arab secara terbata-bata, "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah ia muliakan tamunya."'

Kejadian itu menarik perhatian orang-orang yang ada di sekitar kami. Tatkala sampai di stesen tujuannya, ia berdiri dan menjabat tangan kami sekali lagi lalu turun dengan perasaan amat bahagia. Kami pun telah mencatat alamatnya, sehingga kami akan dapat berkirim surat kepadanya. Begitulah, seandainya kami tidak berbicara dengan bahasa Arab, nescaya ia tidak akan peduli dan kami akan kehilangan seorang teman.

Marilah kita melihat bagaimana orang-orang Perancis mengetahui masuk Islamnya ilmuwan besar berkebangsaan Perancis, Jake Koesto, seorang ilmuwan yang ahli di bidang kedalaman laut. Tatkala ia bepergian bersama teman-temannya, ia disogoki minuman keras tetapi ia menolak. Teman-temannya bertanya, "Apakah kamu sudah masuk Islam?" Ia menjawab, "Ya." Ternyata ia sudah merahasiakan keIslamannya selama bertahun-tahun. Begitulah, akhlak dan perilaku yang Islami adalah da’wah.

Sumber: "Jalan ke Hati" Abbas As-Siisi
Teruskan membaca!

Bagaimana Memulai Perkenalan

|

Bagaimana Memulai Perkenalan



Suatu hari pada tahun 1951M. saya berada di pejabat cabang Ikhwanul Muslimin di Jalan Iskandarani, Iskandaria. Lalu ada dua orang datang, yang sudah mempunyai janji dengan salah seorang teman. Saya sambut kedatangan mereka dengan menyebut nama-nama mereka.

Tatkala teman yang mereka tunggu itu datang, mereka berkata kepadanya, "Kami tidak mengenalnya sebelum ini, tetapi bagaimana ia mengenal nama kami?" Kemudian saya diajak duduk bersama. Lalu saya berkata kepada keduanya, "Bukankah kalian berdua setiap pagi naik trem dari stesen Rashafah?" Keduanya menjawab, "Ya." Saya berkata, "Saya setiap pagi juga naik trem yang sama." Mereka berkata, "Akan tetapi kami tidak melihat anda bersama kami." Saya berkata, "Kerana saya memakai seragam militer." Keduanya teringat dan tersenyum lalu berkata, "Bagaimana anda mengetahui nama kami?" Saya berkata, "Saya mendengar salah seorang di antara kalian berkata, 'Selamat pagi, Muhammad,' lalu yang satunya menjawab, 'Selamat pagi, Ahmad.'" Keduanya berkata, "Untuk apa Anda menghafal nama kami?" Saya menjawab, "Jawapannya adalah yang terjadi saat ini."

Tabiat da’wah kita adalah saling mengenal, dan saya yakin bahawa pada suatu saat da’wah kita akan dapat menghimpun orang-orang yang berjiwa baik dan berkeperibadian mulia. Kejadian di atas sangat membekas di hati keduanya.

Imam Hasan Al-Banna adalah da'i yang sangat gemar menghafal nama. Ketika Dewan Tinggi Militer mengumumkan pemindahan beliau ke kota Qina di wilayah Sha'id (Mesir) pada tahun 1941M, pada waktu itu diadakan penyambutan kedatangan beliau oleh pemuda-pemuda yang bergabung dalam gerakan pramuka, yang baru pertama kali itu mereka melihat beliau. Ustaz Hasan Al-Banna berjabat tangan dengan pemuda-pemuda itu dan menyebut beberapa nama mereka. Tatkala beliau ditanya tentang bagaimana beliau bisa mengenal nama-nama tersebut, beliau menjawab, "Ketika saya menandatangani kad anggota pramuka, saya menghafal nama yang tertera dan raut wajahnya."

Pada tahun 1951 M. ada seorang tamu yang berkunjung ke pejabat cabang di Rashafah. Ketika saya sambut kedatangannya dan saya tanyakan namanya, ia menjawab, "Muhammad Syakir Gharbawi." Saya bertanya, "Dari Ismailia?" Ia menjawab, "Ya. Anda tahu?" Saya berkata, "Sebentar." Lalu saya mengeluarkan buku catatan dari laci meja, di situ tercatat bahawa pada tahun 1936M ada seorang pemuda utusan Ustaz Hasan Al-Banna yang bernama Muhammad Syakir Gharbawi datang ke Rasyid dalam rangka mengumpulkan dana untuk kaum mujahidin Palestin. Tatkala target yang telah dicanangkan tidak terpenuhi, pemuda itu menangis. Ketika Muhammad Gharbawi mengetahui isi catatan itu, ia langsung menangis dan berkata, "Demi Allah, saya tidak menyangka kalau kejadian itu bisa terkenang setelah waktu berlalu begitu lama."

Waktu itu saya sedang naik bus, tiba-tiba ada seorang pemuda berjanggut yang berusia tidak lebih dari tujuh belas tahun naik dan duduk di sebelah saya. Pada waktu itu janggut merupakan pemandangan yang sangat jarang ditemui. Hati saya mengatakan, "Ini adalah kesempatan yang baik untuk berkenalan dengannya." Lalu dengan senyum tipis saya bertanya kepadanya, "Maaf, kalau boleh saya tahu Saudara ini memanjangkan janggut kerana tradisi atau kerana ibadah?" Kelihatannya ia tidak faham dengan pertanyaan saya, lalu saya ulangi, "Kerana sunnah atau kerana yang lain?" Ia menjawab, "Kerana sunnah Rasulullah S.A.W." Lalu saya berkata dengan gembira, "Masya Allah, Allahu Akbar!" Kemudian saya cepat-cepat mengulurkan tangan dan memperkenalkan din, "Saya saudaramu seaqidah dari Rasyid. Saya seorang pedagang." Ia pun lalu memperkenalkan diri, "Saya saudaramu seaqidah juga. Saya siswa sekolah menengah atas di Al-Abbasiyah." Kemudian saya hafal nama dan alamatnya pada waktu itu juga. Saya sengaja memulai dengan memperkenalkan nama saya, kerana jika menanyakan namanya terlebih dahulu mungkin ia akan curiga, lebih-lebih situasi waktu itu sangat rawan.

Setelah melewati beberapa terminal, ia turun dan saya merasa gembira kerana dapat berkenalan dengannya. Setelah kejadian itu, saya pun sering menghubunginya. Di setiap perjalanan, saya biasa membawa mushaf, qur’an, atau majalah. Biasanya, tatkala anda membaca qur’an, orang yang duduk di sebelah anda akan melirik dan ikut membaca. Di saat inilah anda dapat meminjamkan qur’an pada orang tersebut. Setelah selesai membaca, ia akan mengembalikan qur’an itu dengan mengucapkan terima kasih. Di saat itulah Anda dapat berkenalan dengan memulai pembicaraan tentang topik yang dibahas dalam qur’an tersebut dan bagaimana tanggapan anda tentang topik tersebut.

Jika memang tidak memungkinkan, sebuah perkenalan tidak harus diakhiri dengan mengetahui nama masing-masing, tetapi yang perlu diperhatikan adalah hendaknya pembicaraan yang berlangsung itu berkisar sekitar da’wah Islamiyah, kerana tugas kita adalah menyebarkan fikrah yang lslami. Mudah-mudahan anda bisa bertemu dengannya pada kesempatan yang lain dan bisa berkenalan lebih jauh lagi.

Kadang-kadang duduk di sebelah saya seseorang yang belum saya kenal, dan saya berpikir bagaimana cara memulai pembicaraan. Jika saya lihat orang itu berkulit putih, saya bertanya kepadanya dengan pertanyaan yang kedengarannya bodoh, "Apakah Saudara dari Sudan?" Lalu ia melihat kepada saya dengan pandangan kehairanan dan seakan-akan ingin berkata, "Apakah anda buta?" Akan tetapi saya mendahului berkata, "Saudara jangan marah, kerana saya pernah melihat orang Sudan yang berkulit putih. Kalau begitu, saudara ini dari mana?" Dengan begitu saya telah membuka tirai kebisuan di antara kami, dan setelah itu kami dapat melanjutkan pembicaraan. Jika orang itu berkulit coklat maka saya bertanya, "Apakah saudara dari Qubrus?" Begitulah seterusnya. Inilah cara yang kadang-kadang saya pakai untuk membuka pembicaraan.

Suatu saat saya diundang untuk memberikan ceramah di pejabat cabang Ikhwanul Muslimin di Matras, terletak di pinggiran kota Iskandaria. Pejabat cabang itu terletak jauh dari jalan raya, kira-kira satu kilometer. Tatkala saya turun dari bus, ada beberapa pemuda yang juga turun. Meskipun saya sudah mengetahui letak pejabat cabang itu, tetapi saya minta mereka agar mahu menunjukkan tempat pejabat tersebut. Di tengah perjalanan kami berbincang-bincang tentang da’wah Islamiyah, dan tak lupa saya singgung juga acara yang diadakan di pejabat cabang Ikhwanul Muslimin itu. Setelah sampai di tempat tujuan, beberapa dari pemuda tersebut ikut bersama saya, dan di pejabat itulah kami lebih mengenal satu sama lain.

Suatu ketika kami dalam perjalanan dari Iskandaria ke Asyuth ibukota Sha'id. Perjalanan itu memerlukan waktu yang lama, sehingga kami membawa banyak makanan ringan. Waktu itu kereta api macet di tengah jalan lebih dari dua jam. Didorong oleh hadits, “Barang-siapa mempunyai kelebihan bekal, hendaklah memberikannya kepada orangyang tidak mempunyai bekal,” (HR. Muslim) maka salah seorang di antara kami berdiri dan membahagi-bahagikan makanan kepada para penumpang. Dengan demikian kami sudah membuka pintu untuk saling mengenal, dan kejadian itu meninggalkan kesan yang baik di hati mereka.

Dulu, sebelum mengenal cara-cara yang Islami dalam berda’wah, saya sering menggunakan cara-cara hasil ijtihad saya sendiri untuk memulai perkenalan. Suatu waktu saya pernah dengan sengaja menginjak kaki orang yang berdiri di sebelah saya sewaktu naik trem. Orang itu lalu berteriak marah, "Apakah Anda buta?" Saya menjawab dengan tenang, "Jangan terburu marah, wahai saudaraku. Memang saya ini seperti orang buta, kerana penglihatan saya yang sudah melemah." Lalu orang tersebut meminta maaf. Dengan demikian saya bisa mulai berkenalan.

Sumber: "Jalan ke Hati" Abbas As-Siisi
Teruskan membaca!

Kesinambungan Azan...

|
Teruskan membaca!

Getting nearer...

|
Look whos packing, are you ready?
Teruskan membaca!

Bersama KRj dan SMT Jasin

|
Kelab Remaja JIM (KRj)
Suatu kenangan bermula...

Eh²... Siapa tu?

Abg Ihsan-chan dan Adib rupanya

Ucapan pengarah KRj yang baru.

Kenal² dengan pelajar² sekolah teknik "J"

Abang Cik kita.

Pak Tam, erm... tak ingat nama, dan Hafiz.
Antara 2 orang fasi dari Melaka.

Iqbal, also from Melaka.

Dari kiri: Faizal, Hazim dan Abg Long (pakai kopiah).

Amin, ya Allah... (Mendoakan sahabat)

Membentuk kumpulan.

zZzZz... Censored..!
Fasi yang sangat penat. Tak tido satu malam tu.

Berbincang buat Laungan Semangat depa.

Mempersembahkanya...

Big Bro Bob... (Badan Orang Besar... huhuhu)
Fasi dari Perak.

Salam mesra.

Pak Anjang dan Pak Long.

4 sahabat qarib.

"Demi Matahari" by Bai and Ust kita.

Fasi² yg macam budak².

Pak K... eh², silap. Abg K...
Mendengar ceramah Abg Long.

Ceramah Abg Long.

Apa? Hang ingat tu lambang UMNO ke? Tu Kelantan laa... Amin Mokri.

Habis dah... Balik dengan Pak Uteh.
Teruskan membaca!