Iman, Pokok dan Rumput.

|
Sedang ana duduk-duduk bersama barisan ikhwah di dalam sebuah majlis "ijlis bina nu'min sa'ah", seorang brother telah menyampaikan sedikit tazkirah atau kultum. Di dalam penyampaian tersebut, antara perkara yang sering ditekankan ialah bagaimana kita (sebagai seorang da'i/muslim yang faham) sepatutnya melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza daripada orang lain yang tidak memahami. Dan point ini, dibawa-bawa dalam contoh-contoh serta analogi-analogi yang diberikannya.

Sampai satu ketikanya beliau sampai ke bahagian yang menceritakan tentang iman dan pembinaannya.
"Cuba ambik contoh rumput dan pokok plum. Apa yang kita boleh lihat dari situ? Rumput, kalau kita tengok, kadar pertumbuhannya sangat cepat dan dia akan menjalar serta meliputi kawasan yang luas. Tapi kalau pokok plum, nak tumbuh bukan main susah. Perlu dibela dari kecik sampailah dia jadi besar. Dan ianya memakan masa yang agak lama berbanding dengan rumput. Walaubagaimanapun, pokok plum ada akar yang kuat mencengkam tanah. Seandainya ianya disentak (bila dah besar lah ni) maka yang akan jatuh hanyalah buah-buah yang tumbuh darinya (sedangkan kalau rumput yang disentak, semuanya akan tanggal. Yang tinggal hanya sedikit dari akar yang selamat)."
Dan ayat dari al-Furqan telah dibacakan di dalam penerangan beliau itu:
"Dan hamba-hamba ar-Rahman itu ialah yang berjalan di atas muka bumi dengan perasaan rendah diri (tetapi tidak hilang sama sekali rasa izzahnya), dan apabila mereka ditegur oleh orang-orang yang jahil (dengan teguran yang tidak baik) mereka menjawab dengan jawapan 'salama' (perkataan baik)."
[al-Furqan, 25:63]

Golongan yang pertama adalah golongan orang yang sentiasa mahu cepat dalam proses pembinaan imannya, sedang ada beberapa langkah yang perlu dilaluinya terlebih dahulu tetapi dilompat-lompat sahaja ke langkah-langkah yang seterusnya. Dan golongan kedua adalah golongan orang yang melakukan pembinaan iman dengan sangat teliti, dan mengambil masa di dalam proses tersebut, lalu apabila datang situasi yang menggugat imannya dia dapat bertahan bahkan memberikan sesuatu yang baik kepada pewujud masalah tersebut.

Persoalannya, kita termasuk golongan yang mana?

2 comments:

Zakeri said...

bila pokok dah dijaga, ianya akan menghasilkan buah, dan buah ini, akan bercambah dengan banyak...

saat membesar buah itu, ada yang gugur ketika putik lagi...

ada yang gugur ketika ditiup angin separuh jalan...

ada yang gugur ketika dimakan burung yang hinggap di pokok...

ada yang gugur kerana pokok digoyang dengan kuat...

dan ada yang gugur, selepas masak ranum.....dan boleh dimakan..

-tambahan analogi...

Mashizaki Keikan said...

dan dari pokok yang satu tu tumbuh banyak buah yang manis-manis, sedap-sedap dan ada hasil. Dan di dalam setiap buah tu ada banyak biji, maka ditanamnya biji-biji tersebut dan berlipat kali ganda lah pokok yang tumbuh. Dan kemanisan serta hasil yang dapat juga berlipat kali ganda. Sehinggakan pokok yang pertama itu, andai dikira downline dia, tak putus-putus. Bahkan bertambah dan bertambah dan bertambah...