Beberapa Hal Dalam Solat

|
Ini adalah post yang memudahkan entum berempat mencari jawapannya, tatkala persoalan ini timbul di dalam perjumpaan kita.

1. Solat dalam keadaan mengantuk:
Ini diambil dari dalam kitab Fiqh Syafi'e, jilid yang pertama dalam bahagian Solat. Daripada A'isyah bahawa dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Apabila seseorang daripada kamu rasa mengantuk sedangkan dia ingin solat maka hendaklah dia tidur terlebih dahulu hingga hilang mengantuknya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu apabila solat dalam keadaan mengantuk, boleh jadi dia ingin istighfar tetapi dia mencaci dirinya sendiri."
(Bukhari & Muslim)

2. Solat Dalam Kenderaan:
Menurut mazhab Syafi'e adalah tidak dibenarkan menunaikan solat fardhu di atas kenderaan melainkan yang sunat sahaja melainkan dalam keadaan dharuri yang tidak dapat dielakkan.
Hadith Nabi SAW:
"Nabi SAW bersolat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada dihadapannya, dan apabila ingin menunaikan solat fardhu, Baginda turun dan menghadap ke kiblat."
(Bukhari)

Andaikata anda sedang menaiki bas untuk pulang ke kampung, cuba cari alasan untuk meminta berhenti seketika dan ketika itulah menunaikan solat fardhu. Tetapi apabila hasrat itu telah disampaikan kepada pemandu bas, tambahan pula pemandu tu bukan Islam, dan dia tetap untuk meneruskan perjalanan tanpa berhenti, dan berhentinya bas pada perhentian yang seterusnya adalah ketika waktu solat sudah habis, adalah lebih baik menunaikan sahaja solat pada waktunya di dalam bas itu. Kerana keadaan ini tidak menyebabkan kita dilepaskan dari tanggungjawab untuk mendirikan solat berdasarkan hadith daripada 'A'isyah RA bahawa RasuluLlah SAW pernah bersabda:
"Tidak tertulis (satu kesalahan/dosa) bagi tiga keadaan, seorang yang tidur hinggalah dia bangun, seorang kanak-kanak sehingga dia dewasa, dan seorang gila sehingga dia waras."
(Abu Daud dll, Hadith Hassan)

Tetapi untuk hal ini (ke-2), ana merasakan masih perlu kepada perbincangan. Jangan ambil bulat-bulat dahulu. Nanti kita bincang dalam halaqah.
Teruskan membaca!

Perutusan Mursyid ‘Am

|
Perutusan Mursyid ‘Am Ikhwan sempena bulan Ramadan

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud
Ramadhan 1429.
Teruskan membaca!

Bersama Orang Yang Dicintai

|
Companions of the Prophet
Bukhari :: Book 5 :: Volume 57 :: Hadith 37
Narrated Anas:
A man asked the Prophet about the Hour (i.e. Day of Judgment) saying, "When will the Hour be?" The Prophet said, "What have you prepared for it?" The man said, "Nothing, except that I love Allah and His Apostle." The Prophet said, "You will be with those whom you love." We had never been so glad as we were on hearing that saying of the Prophet (i.e., "You will be with those whom you love.") Therefore, I love the Prophet, Abu Bakr and 'Umar, and I hope that I will be with them because of my love for them though my deeds are not similar to theirs.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada RasuluLlah tentang Hari Akhirat dengan bertanyakan, "Bilakah berlakunya Qiyamat?"
Lalu RasuluLlah bertanya, "Apa persediaanmu untuk itu?"
Lelaki tersebut menjawab, "Tiada, melainkan aku mencintai Allah dan RasulNya."
RasuluLlah menjawab, "Kamu akan berada bersama-sama yang kamu cintai."
Kami tidak pernah terasa sedemikian suka ketika mendengar kata-kata RasuluLlah itu (iaitu "Kamu akan berada bersama-sama yang kamu cintai"). Jadi, saya mencintai RasuluLlah, Abu Bakr, Umar dan saya berharap agar saya akan berada bersama mereka disebabkan cinta saya kepada mereka walaupun amal saya tidaklah sehebat mereka.

(Bukhari)
Teruskan membaca!

Artikel yang ditunggu-tunggu

|
Ketika hangat-hangatnya pilihanraya di Permatang Pauh, dan juga menjelangnya Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan datang ini, sering dilontarkan persoalan di cbox Kelab Iqra' meminta pandangan dan pendirian kami terhadap isu-isu tersebut. Saya juga pernah mengatakan bahawa saya sedang menulis sebuah artikel yang berkait rapat dengan isu tersebut. Tapi, dengan ketentuan Allah, Dia telah mendatangkan beberapa perkara yang lebih awla (utama) untuk dilaksanakan atau disiapkan dalam tempoh-tempoh yang terdekat ini. Jadi saya, harap hal ini dapat ditangguhkan hingga ke suatu masa yang ditetapkan. Jangan terlalu mengharapkan, dan pada masa yang sama lapang-lapangkanlah dada anda dengan kelapangan iman sesama mu'min, insya Allah!
Teruskan membaca!

Mari Rebut Peluang

|
Dari Abu Hurairah (RA), katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mempunyai beberapa malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari para ahli zikir, jikalau mereka menemukan sesuatu kaum yang berzikir kepada Allah'Azza-wajalla lalu mereka memanggil-kawan-kawannya:
"Ke marilah. Di sinilah ada hajatmu (ada yang engkau semua cari)."

Mereka lalu berputar di sekeliling orang-orang yang berzikir itu serta menaungi mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia. Tuhan mereka lalu bertanya kepada mereka, tetapi Tuhan sebenarnya lebih Maha Mengetahui hal itu.

Firman Tuhan: "Apakah yang diucapkan oleh hamba-hambaKu itu?"
Para malaikat menjawab: "Mereka itu sama memaha sucikan Engkau, memaha besarkan, memuji serta memaha agungkan padaMu (yakni bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertamjid).
Tuhan berfirman lagi: "Adakah mereka itu dapat melihat Aku?"
Malaikat menjawab: "Tidak, demi Allah, mereka itu tidak melihat Engkau."
FirmanNya: "Bagaimanakah sekiranya mereka dapat melihat Aku?"
Dijawab: "Andaikata mereka melihat Engkau, tentulah mereka akan lebih giat ibadatnya padaMu, lebih sangat memaha agungkan padaMu, juga lebih banyak pula bertasbih padaMu." FirmanNya: "Apakah yang mereka minta itu?"
Dijawab: "Mereka meminta syurga."
FirmanNya: "Adakah mereka pernah melihat syurga?"
Dijawab: "Tidak, demi Allah, ya Tuhan, mereka tidak pernah melihat syurga itu."
FirmanNya: "Bagaimanakah andaikata mereka dapat melihatnya?"
Dijawab: "Andaikata mereka pernah melihatnya, tentulah mereka akan lebih lobanya pada syurga itu, lebih sangat mencarinya dan lebih besar keinginan mereka pada syurga tadi."
FirmanNya: "Dari apakah mereka memohonkan perlindungan?"
Dijawab: "Mereka mohon perlindungan daripada neraka."
FirmanNya: "Adakah mereka pernah melihat neraka itu?"
Dijawab: "Tidak, demi Allah mereka tidak pernah melihatnya."
FirmanNya: "Bagaimanakah andaikata mereka pernah melihatnya?"
Dijawab: "Andaikata mereka pernah melihatnya, tentulah mereka akan lebih sangat larinya dan lebih sangat takutnya pada neraka itu."
FirmanNya: "Kini Aku hendak mempersaksikan kepadamu semua bahwasanya Aku telah mengampunkan mereka itu."

Nabi s.a.w.bersabda:
Ada salah satu di antara para malaikat itu berkata: "Di kalangan orang-orang yang berzikir itu ada seorang yang sebenarnya tidak termasuk golongan mereka; hanyasanya ia datang karena ada sesuatu hajat belaka."
Allah berfirman: "Mereka adalah sekawanan sekedudukan dan tidak akan celakalah orang yang suka menemani mereka itu - yakni orang yang pendatang itupun memperoleh pengampunan pula."
(Muttafaq 'alaih)

--
Sumber asal: Riyadhus Salihin, hadith 1444.
Teruskan membaca!

Jaulah Kembara Merdeka '08

|
Alhamdulillah bi-izniLlah Allah telah mengizinkan kami pergi berjaulah berjumpa dengan Ikhwah di Kuantan yang sedang bermukhayyam. Suasana yang dirasai umpama suasana ketika berhijrahnya golongan Muhajirin ke Madinah dan bertemunya mereka dengan golongan Ansar dari 'Aus dan Khazraj. Kami umpama Muhajirin dan mereka umpama Ansar. Bertemunya kedua-dua golongan ini dalam keadaan tidak ada suatu dinding apapun yang menghalang dari terjalinnya ukhuwwah Islamiyah yang tulen. Kami baru sahaja berkenalan dengan mereka dan mereka juga sama terhadap kita, tetapi nikmat ukhuwwah yang mulia menyebabkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan.

Dan orang-orang yang terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang mengkuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Alah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemengan yang agung.
(at-Tawbah, 9:100)

The full album is here, and the summary is macam di bawah:

Bermulanya di Masjid Sultan Ismail.

Beberapa ahli jaulah Kembara Merdeka '08.

The Unser gang; Fathi's the driver.

The Innova gang, Ihsan's the driver.

The first stop dah kat Mersing, solat Dhuha di masjid.

Menuju ke tapak perkhemahan.

"Selamat Datang ke Casuarina Beach Resort"

PBK pertama membincangkan perkara-perkara kontroversi.

Presentation bekas pelindung telur.

Destruction test on product pelindung telur.

Mendengar taklimat program seterusnya.

Keluarkan diri dari Gari-China.

Warm-up untuk kerja keras.

Sepetang bersama keindahan alam.

Salah satu ciri IM: Kuat tubuh badan.

Perkongsian bersama ikhwah.

Pelakon terbaik Kisah Para Sahabat, Ihsan.

WAMY penaja utama program mukhayyam.

Kumpulan yang menang tempat pertama.

Pesanan terakhir seorang ibu.

"Allahuma innaka ta'lam anna haazihil qulub..."

Ikhwah Johor with some ikhwah Kuantan.

On the way pergi air terjun Sg. Pandan.

Sejarah pembukaan kawasan tersebut.

Air terjun Sg. Pandan. Tempat persinggahan terakhir sebelum bateri kamera habis.
Teruskan membaca!

Ramadhan

|
Ramadhan sudah menjelang, ramai yang sudah memulakan pelbagai jenis ibadah yang khusus dan ramai juga yang telah berazam untuk melakukan amal-amal yang terbaik sepanjang bulan ini. Saya mendapati di sana, ada petanda yang baik dari kalangan mereka yang seumur dengan saya. Mereka saling mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan saling mendoakan kebaikan sahabat-sahabat mereka saat tibanya bulan yang mulia ini.

Ini bertambah mudah dengan wujudnya pelbagai jenis graphic doa-doa dan ucapan yang dibuat oleh orang-orang yang kreatif, lalu dipostkan graphic card tersebut kepada sahabat-sahabat mereka melalui saluran servis yang bermacam-macam. Baguslah tindakan mereka yang lebih mengutamakan bulan amal dari bulan sambutan (Syawal) sedang bulan amal baru hendak bermula. Dan bagus juga mereka saling menginngati agar masing-masing mempertingkatkan amal di bulan al-Mubarak ini.

Walaubagaiamanapun, perlu ada pembaikan buat segelintir dari mereka yang juga mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan" tetapi pada hakikatnya mereka tidak tertunggu-tunggu Ramadhan yang mulia. Doa dan peringatan ataupun ucapan selamat tidak cukup hanya berada di graphic cards atau kad-kad ucapan yang lain sahaja, tetapi ia perlu kepada amal untuk membuktikan apa yang diperkatakannya. Janganlah kita menjadi golongan yang segelintir ini.

"Selamat Menyambut Ramadhan" dengan amal dan keikhlasan kepada Allah SWT!

Teruskan membaca!