Kesihatan Tubuh Badan

|
Tuntutan Ke-4:
"Saudara mestilah segera melakukan pemeriksaan kesihatan secara umum. Saudara mestilah mengubati penyakit yang ada pada diri saudara. Saudara mestilah mengambil berat tentang sebab-sebab yang boleh membawa kekuatan dan pertahanan anggota saudara dan saudara mestilah menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kelemahan kesihatan saudara."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

RasuluLlah SAW telah bersabda:
"Dan mu'min yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mu'min yang lemah, dalam setiap perkara."
[Muslim]

Kita semua, secara individu hendaklah sentiasa mencari-cari sebab yang mendatangkan kekuatan kepada kita. Dan selagi mana kemampuan itu masih lagi ada, kita hendaklah melakukannya. Maka dalam konteks ini, apakah ada yang lebih baik dari mencegah atau mengubati penyakit-penyikit yang membawa kepada kelemahan tubuh badan? Di dalam perundangan Islam itu sendiri, kebanyakan undang-undang masyarakat berupa pencegahan, yang telah terbukti keberkesanannya. Sepertimana pernah suatu ketika pada zaman RasuluLlah SAW dan para sahabatnya. Zaman-zaman generasi al-Qur'an yang begitu dan teramat sangat unik.

Selain dari itu, kekuatan tubuh badan juga memerlukan penjagaan dan latihan. Andaikata, senaman kita hanya dengan duduk di depan komputer menarikan jemari di atas keyboard, dan tidak melakukan senaman jenis lain, maka tunggulah. Tunggulah apabila tiba saat-saat genting yang yang memerlukan kekuatan tubuh badan dan stamina yang tinggi, siapakah yang akan terasa kesannya dan siapakah yang rugi?

Dan akhirnya, marilah kita ingat bahawa segala apa yang ada yang dapat dilihat oleh mata dan juga yang tak dapat dilihat oleh mata, kesemuanya adalah milik Allah SWT. Tubuh badan kita ini perlu dijaga dengan baik sepertimana kita menjaga barang berharga yang diamanahkan kepada kita oleh seseorang yang sangat rapat dengan kita. Bahkan penjagaan yang lebih hebat adalah lagi baik. Dan sesungguhnya, penjagaan itu bukan kerana itu sahaja tetapi juga agar kita ini sentiasasa dapat menjalankan tuntutan Allah terhadap kita dan tanggungjawab kita kepada Allah.
"Wahai saudaraku, jadilah orang yang hebat! Kerana Islam itu hebat dan hanya orang-orang yang hebat sahaja dapat memperjuangkannya!"
[Muhannad at-Tahir, 4th Muhandis of al-Qassam Brigade]
Teruskan membaca!

Iman, Pokok dan Rumput.

|
Sedang ana duduk-duduk bersama barisan ikhwah di dalam sebuah majlis "ijlis bina nu'min sa'ah", seorang brother telah menyampaikan sedikit tazkirah atau kultum. Di dalam penyampaian tersebut, antara perkara yang sering ditekankan ialah bagaimana kita (sebagai seorang da'i/muslim yang faham) sepatutnya melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza daripada orang lain yang tidak memahami. Dan point ini, dibawa-bawa dalam contoh-contoh serta analogi-analogi yang diberikannya.

Sampai satu ketikanya beliau sampai ke bahagian yang menceritakan tentang iman dan pembinaannya.
"Cuba ambik contoh rumput dan pokok plum. Apa yang kita boleh lihat dari situ? Rumput, kalau kita tengok, kadar pertumbuhannya sangat cepat dan dia akan menjalar serta meliputi kawasan yang luas. Tapi kalau pokok plum, nak tumbuh bukan main susah. Perlu dibela dari kecik sampailah dia jadi besar. Dan ianya memakan masa yang agak lama berbanding dengan rumput. Walaubagaimanapun, pokok plum ada akar yang kuat mencengkam tanah. Seandainya ianya disentak (bila dah besar lah ni) maka yang akan jatuh hanyalah buah-buah yang tumbuh darinya (sedangkan kalau rumput yang disentak, semuanya akan tanggal. Yang tinggal hanya sedikit dari akar yang selamat)."
Dan ayat dari al-Furqan telah dibacakan di dalam penerangan beliau itu:
"Dan hamba-hamba ar-Rahman itu ialah yang berjalan di atas muka bumi dengan perasaan rendah diri (tetapi tidak hilang sama sekali rasa izzahnya), dan apabila mereka ditegur oleh orang-orang yang jahil (dengan teguran yang tidak baik) mereka menjawab dengan jawapan 'salama' (perkataan baik)."
[al-Furqan, 25:63]

Golongan yang pertama adalah golongan orang yang sentiasa mahu cepat dalam proses pembinaan imannya, sedang ada beberapa langkah yang perlu dilaluinya terlebih dahulu tetapi dilompat-lompat sahaja ke langkah-langkah yang seterusnya. Dan golongan kedua adalah golongan orang yang melakukan pembinaan iman dengan sangat teliti, dan mengambil masa di dalam proses tersebut, lalu apabila datang situasi yang menggugat imannya dia dapat bertahan bahkan memberikan sesuatu yang baik kepada pewujud masalah tersebut.

Persoalannya, kita termasuk golongan yang mana?
Teruskan membaca!

of Fluid n memories...

|
Hmm, bila buka-buka balik file subjek fluid 1, terasa nostalgia lah pulak. Tq tu Mr. Zubil Bahak for teaching this subject. Teruskan membaca!

Syura

|
"Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, sudah tentu mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonkanlah kemapunan untuk mereka, dan bersyuralah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Alla menyintai orang-orang yang bertawakkal."
[Aali 'Imran, 3:159]
Teruskan membaca!

Artwork Lagi

|

Teruskan membaca!

ٍٍArtwork

|

Just had the feeling to do this, the hand was already irritated, have to do this.
Teruskan membaca!

Picasa 2 Media Manager

|
Waah... So easy using this Picasa 2 software. I've already uploaded 483 pictures at this current moment. Just within a time frame of two hours. Wanna try it?

For review...
-->CLICK<--

For download:
-->Download<--
Teruskan membaca!

Gambar Musabaqah al-Qur'an

|
Ok, siapa nak? Nanti boleh download dari web album ana. Dah habis dah upload semua file setelah ditapis. Tapi Fuad, sorry. Your Patrick was so unresistable, kena jugak upload.
http://picasaweb.google.com/Mashizaki.Keikan
Teruskan membaca!

Muhasabah

|
Di dalam satu program qiyamullayl bersama ikhwah UTM, ana telah diberikan peluang untuk menyampaikan kultum (KULiah TUjuh Minit):

"BismiLlahirrahmanirrahim.
AlhamduliLlah pada pagi yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan kesyukuran kita kepada ilahi kerana dengan keluasan rahmatNya kepada kita, kita dibangkitkan oleh Allah SWT dan kita telah diberikan peluang oleh Allah untuk hidup dengan nikmat Iman dan Islam.

Pada pagi ini, suka ana ingin mengajak antum semua memuhasabah diri antum, dengan persoalan 'adakah kita datang ke program ini disebabkan kawan kita datang sekali?' atau 'adakah kita datang ini sebab ingin berjumpa dengan ikhwah lain?' atau sebenarnya 'kita ini datang kerana ikhlas ingin menunaikan ibadah kerana Allah SWT'?

Ikhwah sekalian, suka juga ana ingatkan kepada antum semua tentang sebuah hadith Nabi SAW yang sering diletakkan di tempat pertama dalam kebanyakan buku hadith iaitu hadith tentang niat:

"Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkannya..."
[Mutafaqqun 'Alayh]

Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah... Er.. Silap, ikhwah dan ikhwah yang dirahmati Allah (terlupa pulak time tu takdak akhawat, hampeh... kata-kata yang terlepas habis kena gelak), andai kata kita kita datang ke program ini dengan penuh keikhlasan kepada Allah, nescaya kita akan dapat merasai kemanisan yang ada daripada ibadah kita itu. Dan seandainya tidak, maka kemanisan beribadah itu akan hilang sama sekali.

"Dan tidak ada satu jiwapun yang mengetahui apa yang mereka sembunyi untuk diri mereka sendiri dari apa yang menyenangkan hati mereka, yang demikian itu merupakan ganjaran terhadap apa yang mereka kerjakan."
[as-Sajdah, 32:17]

Kemudian ikhwah sekalian, ana juga ingin mengajak antum semua agar kita semua bersama-sama beristiqamah dengan setiap amalan baik yang kita lakukan kerana Allah SWT telah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka beristiqamah, akan turun kepadanya malaikat bahawa 'Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu sedih. Dan bergembiralah kamu dengan Jannah yang telah dijanjikan kepadamu.' "
[Fussilat, 41:30]

Hal yang demikian itu terjadi disaat kematian kita, kita akan didatangi dengan malaikat membawa berita-berita yang gembira tersebut. Menyampaikan kepada kita tentang syurga yang telah dijanjikan kepada kita. Dan kesemua ini hanya akan berlaku jika kita ini tetap terus beristiqamah di atas jalanNya sehinggalah saat kematian itu tiba.

Jadi ikhwah sekalian, marilah kita saling memuhasabah diri kita agar niat kita sentiasa diikhlaskan kepada Allah SWT dan agar kita sentiasa dapat beristiqamah di atas jalan ini sehingga kita ini dapat berjumpa kembali di 'sana' nanti.

Sesungguhnya barangsiapa yang diberikan pertunjuk oleh Allah nesacaya dia itu termasuk dari kalangan orang yang dipimpini, dan barangsiapa yagn tidak mendapat petunjuk nescaya tidak ada seorangpun penlong baginya dan dia termasuk orang yang rugi. Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu sebagai membuktikan bahawa diri ana ini seorang manusia yang mempunyai banyak kelemahan.

WaLlahu a'lam."

Dan majlis diserahkan kembali kepada pengerusi majlis brother Akmal.
Teruskan membaca!

Hmm...

|
In a conversation between my syeikh and I, he told me that it'd be hard for me not to have my own transport, considering the tanggungjawab and whatnots that I carry this semester.

I can't hope for the iswara (which my brother took, well yeah he just got married), nor can I hope for my dad's car if by any chance I need to use the car. Everyone is just too busy, with their own time table. My dad with his status as YDP JIMJ, my mom a medical specialist and my bro a starting bussiness man. All of them very busy.

As for me, it'll be quite a challenge for me to arrange liqa' with my juniors, meetings with my colleges and my club, and other liqa's with the syeikh. I kinda feel guilty for not being able to see them occasionally. And feel quite jealous with a few of my friends that has every chance to build the thiqah within their subordinates in the usrah system by ocassionally meeting and discussing with them.

So, here goes... If I could get my hands one of these... Hehe (^_^)v
Teruskan membaca!

...

|
Biyaqkan dia... Sibuk buat kerja lain.
Teruskan membaca!

نشيد فرشي التراب لاكى

|


فرشي التراب يضمني
وهو غطاءي
حولي الرمال تلفني
بل من وراءي
واللحد يحكي ظلمة
فيها إبتلأي
والنور خط كتابه
أنسي لقاءي

والأهل أين حنانهم
باعوا وفاءي
والصحب أين جموعهم
تركوا إخاءي
والمال أين هناءه
صار وراءي
والإسم أين بريقه
بين الثناءي
هذه نهاية حالي
فرشي التراب

والحب ودع شوقه
وبكى رثاءي
والدمع جف مسيله
بعد البكاءي
والكون ضاق بوسعه
ضاقت فضاءي
فللحد صار بجثتي
أرضي سمأي
هذه نهاية حالي
فرشي التراب
والخوف يملأ غربتي
والحزن داءي
أرجوا الثبات وإنه
قسما دواءي
والرب أدعوا مخلصا
أنت رجاءي
أبغي إلهي جنة
فيها هناءي

Dust is my bed Embraces me
And it’s my cover now
The sand surrounds me
Even behind my back
And the grave tells
A darkness of my affliction
And the brightness draws a line...

Where is my family’s love?
They sold my loyalty!
And where is my group of friends?
They left my brotherhood!
Where is the bliss of money?
It’s behind my back now
And my name (reputation)
Where is it's shine between praises?
This is my end
And this is my bed

And love farewells its longing
And my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow
And so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end
And this is my bed

Fear fills my estrangement
And sadness is my illness
I expect firmness
And I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully
You are my hope Allah!
I desire heaven
To find bliss in it
And for Allah I pray faithfully
You are my hope Allah!
I desire heaven
To find bliss in it...

Sekali lagi I post this song, but this time with the arabic lyric.
Teruskan membaca!

Email Password? Hello!?!

|
What the heck?!? You think anyone would fall for that trick? A link which I followed from a message I got... Macam agak kurang kecerdikan orang yang bagi dia punya email password kat service nih. Suka-suka aje nanti owners of that site hack our mails. Teruskan membaca!

Of Maths & Syahadah...

|

An evening with my laptop and the internet brought me to surfing to an anonymous brother's blog. There was a very special quote which I'd really like to take and put on this blog..:
"Islam is like a math's problem. Allah is the answer, Rasulullah (pbuh) is the example. To get to the answer, you have to do one step at a time, following the example. It's easy if you do it that way, but if you don't, you get the answer wrong."

Could you imagine that this was said by a little girl?

How about us? The group of people defined as intellectuals? Do we realize this? Or do we just take Islam for granted? Going through this "Way of Life" with full of ignorance. Not knowing how to appreciate it, and how to be thankful to God who created us, and the Prophet pbuh who showed us the path?

Let us think back of what we have done in the past, and replan our future so that whatever we do in the future is as how the prophet Muhammad pbuh did in the past. This, in my opinion is the best way to fulfill the second part of our syahadah...

أشهد ان لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
Teruskan membaca!

Talib al-Habib Nasyids

|
Kepada yang berkenaan... Lepas ni kalau nak buat link terus ke psot yang ini pun takpe. Lagu dia memang best. Tapi tak jumpa lah pulka kat mana tempat yang ada jual lagu-lagu dalma playlist ni. Mungkin kalau ada orang tahu boleh bagi tahu kot...

Teruskan membaca!

Effects of One Cigar...

|

Do You Smoke? U Got To Watch This... - Watch a funny movie here
Teruskan membaca!

Karseis dan Palestin

|
Pernah suatu masa baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis bincang-bincang bersama duta-duta dari bermacam-macam EnjiO dan pihak Wai Bee di institusi pendidikan saya. Di dalam majlis tersebut, sebuah program mega dicadangkan agar ianya dapat dianjurkan secara bersama di antara semua EnjiO yang ada. Dan ianya pula dipimpini oleh pihak Jabatan Wai Bee. Cadangan asalnya ialah untuk mengadakan sebuah karnival yang berkaitan dengan seni-seni di dalam Islam atau nama ringkasnya (KarSeIs = Karseis).

Akan tetapi, melihatkan peluang yang ada di dalam wadah tersebut serta melihat kepada apa lebih penting saya pun mencadangkan agar tema seni-seni Islam itu diubah kepada tema Palestin. Pemikiran saya pada ketika itu sudah ligat membayang-bayang tentang konsep program tersebut dan apa faedah yang boleh diperolehi oleh pihak saya, EnjiO-EnjiO, dan masyarakat institusi itu secara amnya. Susunan kata-kata dibuat di dalam minda agar idea yang bernas ini dapat diterima oleh duta-duta dari badan-badan lain.

Saya telah menghuraikan secara amnya tentang apa kepentingannya kita membawa isu ini, dan ianya adalah seperti berikut:
  1. Memberi kesedaran kepada masyarakat institut tentang situasi sebenar yang berlaku di Palestin dan apa cara yang boleh kita bantu.
  2. Mewujudkan perasaan tanggungjawab dan saling mengambil berat sesama umat Islam, walaupun dengan mereka yang berada di luar Malaysia.
  3. Mengumpul dan menjana dana untuk disumbangkan kepada pihak-pihak yang tertindas di bumi Palestin.
  4. Memberi kesedaran tentang kepentingan memahami Islam dengan kefahaman yang tulen, agar kita dapat mengelak daripada ditimpa situasi yang sama di bumi yang tercinta ini.
  5. Dan yang terakhir, mewujudkan hubungan diplomasi di antara badan-badan di dalam institut supaya wujudnya networking yang baik sesudah itu.

Idea-idea yang bernas ini telah dipersetujui oleh pihak Wai Bee dan juga telah diterima secara separa oleh seorang rakan dari EnjiO Saudara Baru (SB). Rakan inilah juga yang menambah idea saya berkaitan dengan isu kepentingan penerapan kefahaman Islam kepada masyarakat kita.

Walaubagaimanapun, tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang merupakan duta dari EnjiO Rise With Islam (Riwi) yang mencadangkan agar konsep program itu diasingkan. Program Palestin buat lain dan program Karseis di pula dibuat lain. Beliau juga telah menyatakan juga akan keberatan pilihannya adalah lebih kepada Karseis kerana itu merupakan satu isu yang penting lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat institut itu sendiri.

Hujjah yang diberikan adalah kerana Karseis itu lebih sesuai jika dilihat dengan suasana tempatan institut. Dan isu Palestin ini membawa mesej yang berlainan dengan mesej yang nak dibawa dalam Karseis. Andaikata program itu (Palestin) hendak dibuat juga, mungkin ianya boleh dibuat oleh EnjiO saya (Pertubuhan 'Alaq, PA) dan pihak lain akan menyokong 100% (tetapi tidak dinyatakan bagaimana, maka saya pun tidaklah tahu caranya).

Makhluk yang bernama "Kehairanan" itu ada juga lalu di hati ini, tetapi saya tidak membuatkan ia jelas terpampang di wajah saya. Saya mungkin sedikit-sebanyak telah mengaggak bahawa hal ini akan berlaku, jadi simptom-simptom terkejut itu tidak langsung wujud di muka ini. Ketika saya baru mula mendengar pendapat duta Riwi, saya telah mengeluarkan satu persoalan di dalam minda ini, "Mengapa isu hiburan itu lagi penting ya daripada isu Palestin dan mesejnya?".

Owh, rupa-rupanya inilah dia contoh yang nyata bahawa tidak semua orang dibesarkan dan dibentuk agar kefahaman itulah yang utama. Dan juga agar kefahaman itu, memberi kejelasan kepada kita terhadap tindakan kita, yang manakah yang awla (utama) dan yang mana yang kurang awlanya (Pokcik suka bab-bab ni). Maka, sedikit sebanyak saya lebih menghayati mengapa Hassan al-Banna itu meletakkan al-Fahmu itu sebagai rukun pertama dalam 10 rukun ba'iahnya.

Teruskan membaca!

Thiqah dan Husnu Dzan

|
"Kadangkala dalam kehidupan seharian kita, bermacam-macam perkara yang datang kepada kita. Ada perkara yang mudah diterima dan ada perkara yang sememangnya sudah menjadi hakikat, tetapi sangat sukar kita telan..."
Pernahkah kita bertemu dalam keadaan di mana; orang yang kita telah meletakkan thiqah (respek) yang sangat tinggi kepadanya, tetapi tiba-tiba kita ternampak dia melakukan sesuatu yang pada zahirnya agak bertentangan dengan peribadi yang telah kita kenal sebelum ini? Apakah perasaan yang akan dirasai? Sudah tentu yang pertama sekali akan tibul di hati ialah persoalan, "Ish, dia ni biyaq betul??" atau "Hampeh, hipokrit!".

Dan sudah tentu akibat daripada perkara tersebut, respek yang sudah lama dibina itu menurun sedikit demi sedikit. Itupun jika ia (respek/thiqah) tidak terus hilang dari hati kita tanpa meninggalkan apa-apa sekalipun.

Dan sudah tentu juga apabila kita berbincang dengan si dia, kita sudah meletakkan suatu mental block atau mindset awal yang tertentu sehinggakan agak sukar untuk kita menerima apa yang dikatakannya, walaupun pada hakikatnya apa perkataan yang diucapkan itu adalah benar-benar belaka. Itulah yang dinamakan sebagai being judgemental (seperti yang aku pelajari di kala mengikuti orientasi Petronas, rasanya tak betul pun perkataaan tu or salah eja ke?? entah?).

Namun demikian, perkara-perkara yang seperti ini sememangnya akan wujud dan kewujudannya itu bukan sia-sia seperti yang telah dijanjikanNya di dalam Kitab Yang Suci. Pada ketika dan saat tersebut, beberapa perkara pasti diuji oleh Allah 'azza wa Jalla. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang bersangkut-paut dengan sifat yang dinamakan sebagai ukhuwwah.

Apabila wujud keadaan seperti yang dinyatakan di atas, sepatutnya seorang mu'min yang sejati akan menyahut seruan Allah yang telah jelas dinyatakan di dalam surah al-Hujurat ayat yang kesembilan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seorang fasiq datang kepadamu dengan membawa suatu berita, maka selidiklah dahulu akan kebenarannya. Agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan (tidak tahu), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
[al-Hujurat, 49:6]

Maka andaikata kita mendapat berita daripada orang yang tertentu yang boleh diragui kethiqahannya apatah lagi jika ia seorang yang biasa atau kerap melakukan maksiat, sudah tentu berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu. Dikhuatiri si dia ini menambah sampaikan maklumat yang sememangnya sudah ada pada dia, dan akhirnya menyebabkan orang lain tersalah tafsir. Sekaligus membawa kepada fitnah yang berleluasa. Konsep ini sama seperti konsep permainan kanak-kanak yang bernama "telefon rosak".

Dan andaikata keimanan kita di dalam hati terlalu kuat untuk membangkang apa yang mata memandang, maka jalan yang mudahnya adalah agar seseorang itu belajar untuk bersangka baik (husnu dzan) terlebih dahulu dan siasatlah.

Dan sesungguhnya husnu dzan itu merupakan pengubat hati yang sangat prejudice, sedang berburuk sangka (su'u dzan) itu membuka peluang kepada syaitan untuk memecah-belahkan hamba-hamba Allah yang soleh yang telah terikat dengan ikatan ukhuwwah fiLlah. Mungkin orang tersebut lebih arif tentang apa yang dikerjakannya, dan hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya...
Teruskan membaca!

1429

|
A year it is
To begin with
The starting of a new hope
The beginning of a new era
And the ending of what has passed...
Teruskan membaca!

فرشى التراب

|


Dust is my bed Embraces me
And it’s my cover now
The sand surrounds me
Even behind my back
And the grave tells
A darkness of my affliction
And the brightness draws a line...

Where is my family’s love?
They sold my loyalty!
And where is my group of friends?
They left my brotherhood!
Where is the bliss of money?
It’s behind my back now
And my name (reputation)
Where is it's shine between praises?
This is my end
And this is my bed

And love farewells its longing
And my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow
And so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end
And this is my bed

Fear fills my estrangement
And sadness is my illness
I expect firmness
And I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully
You are my hope Allah!
I desire heaven
To find bliss in it
And for Allah I pray faithfully
You are my hope Allah!
I desire heaven
To find bliss in it...
Teruskan membaca!

Nikon D40

|
Macam best sangat-sangat hari tu main dengan benda ni... Boleh buat tangkap gambar program Iqra' kat UTM dan lain-lain program... Teruskan membaca!

Walimah Skudai's Pic

|

Ok, my dad mintak sebarkan link ni...
So here we go:

-->TEKAN!!!<--
Teruskan membaca!

Hadith Hakikat Keimanan

|

Ana nak mintak sesiapa yang boleh translatekan hadith nabi ni, tolong ye... Sangat-sangat bermakna pada ana... So, harap dapat tolong ye?
Teruskan membaca!

Hari itu...

|


Lagu: Ungu
Album: Tak tahu
Lirik: Ntah

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

(Chorus)
Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai Ku tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu

Thanks to Sakinah I was
ilhamed to put this lagu here...
-----

Lagu yang penuh dengan makna dan boleh ditafsirkan dengan seribu satu makna. Mendengarkan lagu ini, membuat diriku ini kembali mengingat akan sesuatu yang sering dilupakan oleh manusia. Ajal yang tidak diketahui bilakah mulanya pada suatu hari bakal mengakhirkan sebuah permulaan dan memulakan sebuah pengakhiran. Pengakhiran yang kekal selama-lamanya tanpa adanya peluang walau sedkitpun untuk berpatah balik. Yang wujud pada ketika itu di dalam setiap individu hanya satu daripada dua, kegembiraan atau penyesalan.

Adapun orang-orang yang menyesal, mereka melihat akan kebenaran yang ada di depan mata mereka pada ketika itu. Lalu mereka memohon kepada Tuhan yang merupakan Maalik pada Hari Pembalasan, "Ya Allah! Sesungguhnya kami telah melihat dan mendengar kebenaran, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami dapat beramal soleh." Maka mudah sahaja bagi Rabb menjawab permintaan mereka:

"Dan seandainya Kami mahu, sudah tentu kami berikan kepada setiap jiwa petunjuk (bagi)nya. Akan tetapi, telah ditetapkan (ketetapan) dariKu, 'Pasti akan Aku penuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia bersama-sama.' "
[as-Sajdah, 32:13]

Dan seterusnya, mereka dihumbankan ke dalam api neraka yang tidak terperi sakitnya, yang tidak terbayang seksanya dan tidak terhurai pedihnya. Dan Tuhan menyeru kepada mereka, "Rasakanlah azab disebabkan apa yang kamu kufuri!".

Dan adapun orang-orang yang bergembira, mereka itu diselamatkan dari seksa yang sangat pedih itu. Wajah-wajah mereka bersinar-sinar menembusi kegelapan yang melanda hari tersebut. Rahmat Allah yang sangat luas telah memayungi mereka pada saat yang tidak ada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Lalu makhluk yang jasadnya diperbuat daripada nur memanggil-manggil orang-orang yang wajahnya bersinar-sinar itu, ke arah syurga yang tidak terbayang nikmat dan rahmatnya. Penjaga-penjaga pintu syurga menyapa mereka dengan penuh kehormatan, dan menjemput mereka masuk ke dalam rahmat Allah:

"Iaitu orang yang ketika diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka (para malaikat) mengatakan (kepada mereka), 'Salaamun'alaykum, masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu amal.' "
[an-Nahl, 16:32]

Marilah kita sama-sama beramal sebelum tibanya saat di mana penyesalan tidak lagi berguna, di saat terputusnya segala peluang untuk beramal dan di saat tidak ada pertolongan melainkan pertolongan Allah...

Marilah kita beramal, seperti mana beramalnya golongan sahabat beribu tahun dahulu. Mereka berlumba-lumba melakukan amal tanpa rasa ragu-ragu, sehinggakan suasananya begitu terasa. Orang yang tidak beramal pasti berasa kejanggalan di dalam diri. Maka suasana itu wujud juga disebabkan kuatnya ukhuwwah di kalangan mereka. Saling diperingatkan dengan kebaikan dan ketaqwaan sepanjang masa. Itulah dia ikhwah...
Teruskan membaca!

So What?

|
2008
Teruskan membaca!