Tarikh Kejadian, Hijriyah?

|
"Selamat hari lahir, moga dipanjang umur"

"Happy belated birthday (^_^)!"

"Umur semakin meningkat ajal semakin dekat"


Itu merupakan antara salah tiga dari banyak-banyak contoh mesej yang saya dapat pada tanggal 24 April 2007. Dan pada tahun ini, masih juga mendapat mesej-mesej yang seumpamanya. Tidak kiralah samada di Friendster, atau di cbox atau di mesej telefon saya sendiri.

Kenapa?
Tidak kehairananlah sekiranya saya mendapat banyak mesej berkaitan dengan perihal birthday ini daripada rakan-rakan dan saudara-saudara saya, especially yang banyak menggunakan internet. Ini adalah kerana pada setiap service yang meminta tarikh kelahiran, saya pasti akan letak tarikh 24 April 1987 atau 24/04/1987M.

Tambahan pula, beberapa daripada service tersebut seperti Friendster, mereka memaparkan maklumat tersebut pada profile kita dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam senarai linkungan network kita. Bahkan tidak cukup dengan itu, servce tersebut siap menghantar email peringatan tentang birthdays sahabat-sahabat lingkungannya.

Hakikatnya
Pada hakikatnya, birthday saya bukanlah pada 24 April tahun 1987. Tetapi ianya adalah pada tarikh lain yang dirahsiakan daripada orang tahu melainkan mereka yang tahap ta'aruf sudah sampai ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini bila kita bercakap dalam konteks tahun masihi.

Juga sebenarnya apabila perkhidmatan-perkhidmatan internet meminta tarikh lahir, saya telah meletakkan idea bahawa 'aku akan meletak tarikh hijri aku'. Maka hasilnya ialah 24 haribulan 4 di dalam konteks hijri. Walaubagaiamanapun tahun kelahiran dalam hijri biasanya tiada di dalam list tahun yang disenaraikan. Ini menghasilkan pula natijah ini; pengunaan tahun masihi.

Hijri dan Masihi
Mungkin ramai dari kalangan kita yang langsung tidak ambik kisah tentang kalender hijri melainkan bila tibanya bulan Ramadhan dan menjelang akhir-akhirnya. Selain daripada itu, pasti kalender hijri dilupakan. Maka tindakan saya ini, mungkin menjadi salah satu inisiatif supaya orang ramai (dari sahabat-sahabat saya) mengambil tahu sedikit-sebanyak tentang kalender hijri pada masa-masa yang selain dari bulan Ramadhan dan raya.

Mungkin juga pada masa akan datang (atau mungkin dah ada? saya pun tak tahu...), akan ada service yang akan menyandarkan kebanyakan perkara pada Islam. Islam itu menjadi paksi utama mereka. Apa-apa pasti Islamlah jalan penyelesaiannya. Maka mereka mungkin akan meminta tarikh kelahiran di dalam hijri, apa perkembangan di dalam hijri, dan macam-macam yang lain.

Hijri dan Sirah
Kebiasaannya apabila kita mempelajari sirah RasuluLlah (S) dan mengkajinya, kita pasti akan mendapati ramai penulis yang menyandarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku itu dengan tahun hijri. Maka apabila kita belajar, adik-adik kita belajar, dan (mungkin) anak-anak kita belajar, mereka pasti akan mendapat fakta-fakta dan kefahaman sirah itu dengan disandarkan pada tarikh-tarikh hijri.

Dengan kebiasaan sekarang yang kebanyakan urusan disandarkan pada tarikh masihi, kita sering kali dilupakan dan dilalaikan daripada mengingati the current hijri date. Dan mungkin disebabkan itu, kita kurang dapat merelasikan antara sirah RasuluLlah dan kejadian-kejadian yang berlaku pada tarikh hijri dengan kehidupan kita sekarang yang berlaku pada tarikh masihi.

Bukankah lebih mudah bagi kita untuk merasai atau menghayati sirah jika kita sering menyandarkan hari-hari kita pada tarikh hijri? Setelah mempelajari sirah, kita dapat mengatakan kepada sahabat kita, 'Pada hari ini, Bay'ah Ridhwan diberikan oleh sahabat Rasul'. Bukankah itu lebih sedap didengar?

--
Saya ingin memohon maaf andaikata ada dari sahabat-sahabatku, sekiranya anda terasa seolah-olah tertipu. Tapi takpe, kita lihat dari sudut yang positive. Ambillah kefahaman yang bagus darinya dan tinggalkanlah mana yang agak macam tak baik.

7 comments:

alonq_exe said...

Assalamualaikum 'ammar. haha, bukan ko sorang je yang buat camtu. dan aku tak buat macam ko.

anyway, selamat hari lahir hijriah. =)

Anonymous said...

bln 12.tarikhnye..jeng3!

Mashizaki Keikan said...

Qamar:

secara hijri pun belom lagi... adus, masih tak dapat pointnya.

'Abyd:
oit... oit... rahsia...

fakulito said...

[tertipu.. posotively]

johanendon said...

thing to ponder on~

really great..

johanendon said...

thing to ponder on~

really great..

Mashizaki Keikan said...

[fakulito]:
sorry dude...

johanendon:
maybe we could be the pioneers in Malaysia, maybe?