Jauhi Perkara Merangsang

|
Tuntutan ke-5:
"Jauhkan diri saudara dari berlebihan minum kopi dan teh atau minuman-minuman yang meransang. Saudara jangan meminumnya kecuali kerana darurat dan saudara jangan merokok sama sekali."
[Hassan al-Banna, Risalah Ta'alim]

Kopi? Nescafe? Hmm, kedua-duanya sama sahaja. Ramai yang menyukainya dan ramai yang sudah ketagih dengannya. Paling kurang, dalam sehari mesti minum dua mug atau cawan nescafe. Lagi-lagi bila ianya mudah didapati dalam bentuk pek-pek segera, 3 in 1 dan sebagainya. Dengan hanya memasak air dan menaburkan serbuk nescafe tersebut seseorang boleh menikmati minuman berkafein ini.

Mungkin pada asalnya, tujuan meminum minuman yang sedemikian adalah untuk berjaga malam dan menyiapkan assignment tatkala zaman-zaman bujang dan student. Namun demikian, setelah berlalunya beberapa tempoh masanya ia menjadi suatu rutin seharian untuk meminum minuman yang sedemikian. Tidak boleh tidak pasti akan atau perlu minum dalam sehari.

Mungkin juga, setelah itu atau lebih baik sebelum itu lagi, ramai yang sudah mengetahui akan keburukan meminum kopi secara berlebihan. Tetapi apakan daya, bila sudah addicted apapun tidak kisah, "as long as I get my cup of nes, hehe!".

Imam Hassan al-Banna telah melarang ikhwan daripada meminum kopi kerana bahaya yang diabawanya, dari segi fizikal dan juga dari segi tabiat yang datang sesudah itu. Kerana ia mungkin menjadi kebiasaan yang melalaikan, boleh menghalang kebajikan atau boleh menghalang dari melakukan perkara-perkara yang wajib.

Besar kemungkinan, peminum-peminum tersebut akan menjadi tawanan kepada kebiasaan tersebut. Apabila berlaku keadaan-keadaan yang kritikal, dan pada masa tersebut bahan-bahan meransang tersebut tidak ada, ianya akan mendorong kepada pendirian yang tidak kukuh dan tidak syar'ie.

Pokoknya ialah, jangan membiasakannya bahkan mestilah biasa meinggalkannya dan itulah sebenarnya yang lebih baik.

Merokok pula, sememangnya jelas kemudharatan yang dibawanya. Cuma persoalan yang ingin ditimbulkan ialah, sejauh manakah kita ini mampu membendung gejala rokok ini di negera kita? Dan sejauh manakah kerajaan serius dalam menghadapi masalah ini?

Dan sebenarnya,
"Murabbi yang yang bijaksana tidak akan merasa lemah dari berusaha membuangkan kebiasaan yang membahayakan ini."
[Sa'eed Hawwa, Fi Afaqit Ta'alim]

Berapa banyak sudah harta umat Islam hangus dibelanjakan untuk membeli benda yang sia-isa ini?

4 comments:

Anonymous said...

title: meranGsang, not meransang.

pernah dgr tak yang teh pun tak elok, ade caffein? ex naqibah ana pernah cakap, tp just state ayat tu je la. so, akak tu ckp, kena elakkan minum teh juga.

Mashizaki Keikan said...

Bukan ransang eh? Lor, silap lah.

Teh tu termasuk jugak dalam kategori ni, bukan dah cakap ke?

"Jauhkan diri saudara dari berlebihan minum kopi dan TEH atau minuman-minuman yang meransang. Saudara jangan meminumnya kecuali kerana darurat dan saudara jangan merokok sama sekali."

Zakeri said...

not only minuman, but also makanan, like mcD, or what so ever, boleh makan, or minum, tapi jangan selalu...somebody addicted with sugar, some woth sweet, some with asam...so, just beware....addicted with air suam or air masak takpe...takde masalah, carik tepi jalan pun ok...

and jalan lupa, air gas, like f&n, and so on...ana pernah kene addicted minuman gas ni, nasib baik dah kebah, dah selamat dari ketagihan air gas..huhu..bahaya...air manis pun sama....geram je, rasa nak je minum air manis selalu....perasan tak?

hohoho

Mashizaki Keikan said...

betul... betul... betul...