Ramadhan

|
Ramadhan sudah menjelang, ramai yang sudah memulakan pelbagai jenis ibadah yang khusus dan ramai juga yang telah berazam untuk melakukan amal-amal yang terbaik sepanjang bulan ini. Saya mendapati di sana, ada petanda yang baik dari kalangan mereka yang seumur dengan saya. Mereka saling mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan saling mendoakan kebaikan sahabat-sahabat mereka saat tibanya bulan yang mulia ini.

Ini bertambah mudah dengan wujudnya pelbagai jenis graphic doa-doa dan ucapan yang dibuat oleh orang-orang yang kreatif, lalu dipostkan graphic card tersebut kepada sahabat-sahabat mereka melalui saluran servis yang bermacam-macam. Baguslah tindakan mereka yang lebih mengutamakan bulan amal dari bulan sambutan (Syawal) sedang bulan amal baru hendak bermula. Dan bagus juga mereka saling menginngati agar masing-masing mempertingkatkan amal di bulan al-Mubarak ini.

Walaubagaiamanapun, perlu ada pembaikan buat segelintir dari mereka yang juga mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan" tetapi pada hakikatnya mereka tidak tertunggu-tunggu Ramadhan yang mulia. Doa dan peringatan ataupun ucapan selamat tidak cukup hanya berada di graphic cards atau kad-kad ucapan yang lain sahaja, tetapi ia perlu kepada amal untuk membuktikan apa yang diperkatakannya. Janganlah kita menjadi golongan yang segelintir ini.

"Selamat Menyambut Ramadhan" dengan amal dan keikhlasan kepada Allah SWT!

No comments: