Beberapa Hal Dalam Solat

|
Ini adalah post yang memudahkan entum berempat mencari jawapannya, tatkala persoalan ini timbul di dalam perjumpaan kita.

1. Solat dalam keadaan mengantuk:
Ini diambil dari dalam kitab Fiqh Syafi'e, jilid yang pertama dalam bahagian Solat. Daripada A'isyah bahawa dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Apabila seseorang daripada kamu rasa mengantuk sedangkan dia ingin solat maka hendaklah dia tidur terlebih dahulu hingga hilang mengantuknya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu apabila solat dalam keadaan mengantuk, boleh jadi dia ingin istighfar tetapi dia mencaci dirinya sendiri."
(Bukhari & Muslim)

2. Solat Dalam Kenderaan:
Menurut mazhab Syafi'e adalah tidak dibenarkan menunaikan solat fardhu di atas kenderaan melainkan yang sunat sahaja melainkan dalam keadaan dharuri yang tidak dapat dielakkan.
Hadith Nabi SAW:
"Nabi SAW bersolat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada dihadapannya, dan apabila ingin menunaikan solat fardhu, Baginda turun dan menghadap ke kiblat."
(Bukhari)

Andaikata anda sedang menaiki bas untuk pulang ke kampung, cuba cari alasan untuk meminta berhenti seketika dan ketika itulah menunaikan solat fardhu. Tetapi apabila hasrat itu telah disampaikan kepada pemandu bas, tambahan pula pemandu tu bukan Islam, dan dia tetap untuk meneruskan perjalanan tanpa berhenti, dan berhentinya bas pada perhentian yang seterusnya adalah ketika waktu solat sudah habis, adalah lebih baik menunaikan sahaja solat pada waktunya di dalam bas itu. Kerana keadaan ini tidak menyebabkan kita dilepaskan dari tanggungjawab untuk mendirikan solat berdasarkan hadith daripada 'A'isyah RA bahawa RasuluLlah SAW pernah bersabda:
"Tidak tertulis (satu kesalahan/dosa) bagi tiga keadaan, seorang yang tidur hinggalah dia bangun, seorang kanak-kanak sehingga dia dewasa, dan seorang gila sehingga dia waras."
(Abu Daud dll, Hadith Hassan)

Tetapi untuk hal ini (ke-2), ana merasakan masih perlu kepada perbincangan. Jangan ambil bulat-bulat dahulu. Nanti kita bincang dalam halaqah.

1 comment:

Hilal Asyraf said...

assalamu'alaikum... saya ada cerpen baru... tajuknya 'senior'... sila singgah... sangat suka jika anda beri komen