Maulid dan 2 Perkara

|
Beberapa perkara pada hari yang mulia ini sempena maulid Nabi Muhammad SAW:
[1]
Pada hari ini setelah suatu acara "ijlis bina nu'min sa'ah" beramai-ramai, saya telah mengetahui suatu hakikat yang baru buat diri ini. Mungkin sebelum ini saya tidak begitu observant atau mungkin juga al-Qu'ran itu diambil mudah oleh saya ketika ianya dibaca. Hari yang dikatakan sebagai hari maulid Nabi ini merupakan hari yang sangat mulia, dan in conjuction with that sudah tentu banyak majlis ilmu yang akan menyebut-nyebut tentang Nabi Muhammad. Dan sudah tentu ayat ini sering disandarkan atau digunakan di dalam ceramah tersebut:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) RasuluLlah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat dan banyak mengingati Allah."
[al-Ahzab, 33:21]

Hakikatnya ayat ini berkaitan dengan peperangan atau lebih sesuai lagi jihad di atas jalan Allah. Ayat-ayat yang sebelumnya dan juga selepasnya menceritakan tentang kisah pada ketika perang ahzab sedang berjalan. Untuk lebih menghayati kisah tersebut sila rujuk al-Qur'an sendiri dan baca pandangan Sayyid Qutub di dalam Fi Zilalil Qur'an. Dan cuba renung-renungkan.

[2]
Tatkala saya membuka gmail, saya mendapati di label friendster adanya alert. Alert berkaitan dengan comment yang telah saya terima di friendster, maka comment tersebut ialah ini:

Suatu himpunan kata-kata yang menarik bahkan romantik (dalam erti kata menyentuh jiwa) bagi para pejuang Islam. Akan tetapi ada suatu kekurangan, iaitu penggunaan perkataan idola bagi nabi Muhammad. Persoalannya, adakah kita mengetahui maksud idola itu apa? Pada asasnya ia membawa makna:
  • Sesuatu yang disembah atau dipuja.
  • Seseorang yang dipuja secara membuta dan secara berlebihan.
  • Sesuatu pengantara yang dibuat dengan tujuan menyembah Tuhan.
Apabila barat menggunakan dan menyandarkan perkataan idol atau idola kepada seseorang, konon-kononnya dengan tujuan memuliakannya, ramai pula dari kalangan umat Islam cuba menggunakan perkataan sama dan disandarkan kepada RasuluLlah SAW. Dengan definisi-definisi yang telah diberikan, saya berlindung dengan Allah dari mensyirikkan Allah dan dari menghina RasuluLlah SAW.

Namun demikian, mungkin ada dari kalangan kita yang mengatakan idola itu bermaksud contoh dan tidak ada niat pun melakukan kedua-dua dosa besar itu. Maka saya pun menjawab, bahawa trend mengubah definisi sesuatu perkataaan yang sudah jelas maksudnya kepada maksud lain yang kurang jelas akan merugikan kita, bahkan ianya mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sebagai contoh, sekarang barat dan sesetengah pihak telah menggunakan perkataan "goddess of beauty".

Bagi mereka yang bukan Islam, menyamakan kedudukan sesuatu dengan Tuhan dianggap sebagai kemuliaan, tetapi yang parahnya ialah ummat Islam. Andaikata, kita mengambil keadah yang sama dengan idola dalam konteks mengubah maknanya, kepada memuliakan seseorang sebagai contoh God of Football atau God of Cookery, maka perbuatan tersebut akan merosakkan aqidah ummat Islam.

Lalu orang-orang yang akan datang apabila disebutkan perkataan God di hadapan mereka, mereka tidak membayangkan apa yang boleh dibayangkan tentang Allah tetapi mereka membayangkan orang-orang yang telah disandarkan perkataan God kepada mereka. Hasilnya jadilah mereka suatu generasi yang buta Tuhan. Tidak mengetahui apa-apa tentang Tuhan.

Jadi marilah kita menyebarkan kebenaran ini, agar generasi yang akan datang atau lebih tepat lagi, generasi anak-anak kita adalah generasi yang tidak buta Tuhan bahkan mereka mengenalNya dan mencintaiNya bahkan Diapun mencintai mereka. Lalu mereka inilah yang memastikan kesinambungan jalan da'wah ini dengan jihad mereka dan mereka jugalah yang akan mendoakan kebaikan kita pada masa-masa akan datang, insya Allah!

Bagi yang telah terlanjur dengan menyebarkan penyandaran kata idol kepada Nabi Muhammad, bertaubatlah dan banyak-banyak beristighfar. Semoga Allah menerima taubat kita, dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihi. Dan juga semoga kita ini hanya berpegang kepada aqidah sejahtera semata-mata.

--
Kemaafan dipinta buat sahabat-sahabat, especially yang telah berniat baik menghantar kata-kata tersebut. Moga kita sentiasa menyucikan diri kita daripada sisa-sisa jahiliyyah yang ada di dalam diri kita. (^_^)v

Artikel-artikel berkaitan:

2 comments:

Anonymous said...

Thanks 4 your information...
Jadi saya cadangkan kat sini buat penambahan dlm penulisan 2 dengan memberi contoh perkataan yg sesuai utk digantikan dengan p'kataan "idol"....

NS

Mashizaki Keikan said...

kenapa kita perlu menggunakan bahasa orang lain untuk menyandarkan kemuliaan pada Nabi kita? Sedang bahasa kita ini pun sudah cukup indah?