Risalah Ta'alim

|
Ikhwah dan akhawat yang dirahmati, artikel ini ditujukan buatmu secara khusus sekiranya anda ingin menjadi al-akh al-mujahid atau al-ukht al-mujahidah. Dan bukanlah post pada kali ini untuk orang-orang awam yang tidak mengetahui fikrah ini, tidak memahaminya apatah lagi tidak mendokongnya. Ana telah membuat ianya dalam bentuk peta minda yang semoga dengannya antum semua lebih mudah nampak secara keseluruhan apa yang ada di dalam risalah ta'alim. Untuk membacanya secara detail, maka ianya boleh didapati daripada buku Majmu' Rasa'il Hassan al-Banna.

Hassan al-Banna telah menyatakan di dalam Risalah Ta'alim bahawa:
"Ini adalah perutusan saya buat para mujahidin dari kalangan Ikhwanul Muslimin. Mereka meyakini kemuliaan da'wah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukan untuk dihafal tetapi ia merupakan taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal wahai saudara yang jujur!"
Baru

Lama

Di dalamnya ana banyak menggunakan istilah-istilah arab. Andaikata antum tidak memahami akan maknanya boleh bertanya kepada ana, dengan mereply atau memberi komen kepada post ini. Moga-moga apa yang ana buat ini bermanfaat buat kita semua yang berada di dalam medan amal ini. Moga ikhwan semua tetap thabat di atas jalan ini.
"Dari kalangan orang-orang mu'min itu terdapat rijal yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka ada di antara yang telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid). Dan di antara mereka ada yang menunggu (giliran mereka tiba masa tersebut), dan mereka tidak pula mengubah (apa yang telah mereka janjikan itu walau) sedikitpun."
[al-Ahzab, 33:23]

Bagi orang lain selain daripada mereka yang telah disebutkan di atas, bagi mereka ada pengajian, ceramah, buku dan artikel, gaya dan kaedah yang khusus buat mereka. Setiap umat ada arah yang dituju. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu melaksanakan kebaikan kerana Allah menjanjikan kebaikan untuk setiap kebaikan yang dibuat. Moga rahmat Allah itu diturunkan kepada kita semua.

--
p/s: ada pembetulan sikit kat beberapa tempat... salah eja dan maksud...

4 comments:

Anonymous said...

great peta minda!mmg mudah nampak kseluruhan.ingat sume arab td.jawi rupenye

Mashizaki Keikan said...

manfaatkanlah sebaiknya...

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

satu perkongsian yg menarik..mudah dan senang...smoga usaha anta terbayar dgn natijah setiap amal..amiin.syukran

Mashizaki Keikan said...

moga kita sama dapat beramal dengan sebaiknya...