Wasiat Syeikh Ahmad - Aku Komen...

|
Assalamu'alaykum WarahmatuLlah!

The other day when I opened my friendster, I found that a friend of mine forwarded this message to me. Read it, I find it intresting. Then read my comment on this.

*****************

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN. WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA. WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Daripada Syeikh/Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia:
Pada suatu malam ketika hamba membaca al-Quran di makam Rasullullah SAW. Selepas hamba membaca lalu tertidur. Dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah SAW mendatangi hamba lalu bersabda:

"Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman. (1)Isteri tiada mendengar kata-kata suami. (2)Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin. (3)Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan."

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:
  1. Semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
  2. Tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
  3. Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
  1. Berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
  2. Bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
  3. Janganlah derhaka kepada ibu-bapa.
Untuk peringatan !!
  1. Seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
  2. Seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.
  3. Pada tahun 1977, Tun Dato' Mustapha, bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
  4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas Menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan.
*****************
Ketika di sekolah ana pernah perasan di Musolla (surau) sekolah, ada mesej-mesej terfotostet satu bundle. Bila tengok apa isi kandungannya, rupanya ia berkaitan dengan isi di atas. Kemudian setelah ana memasuki alam matrik, jumpa lagi sebundle yang lagi banyak. Mesej-mesej yang disampaikan pun sama, tok sheikhnya pun sama, ancamannya pun sama. Takde yang lain melainkan jenis kertas dan kualiti fotokopi je. Dan bila dah keluar dari matrik, jumpa yang dah maju sikit, kalau dulu fotokopi... Sekarang email pulak... Lepas ni apa? Buat ceramah pulak? Jadi perlembagaan? Ah, sudah... Apa nak jadi~ (style iklan raya)...

Comment ana:
Awal-awal kiriman sangat baik, "...WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA...". Mengajar kita supaya apabila kita beramal hendaklah kerana Allah, hendaklah ikhlas. Jangan disebabkan perkara-perkara lain kita beramal sehingga terlupa tujuan asal amal, i.e. redha Allah. Tetapi sebenarnya ana bukan nak komen bahagian yang ini. Yang mana baik tu tak payah nak dikomen, huhuhu, takde hasil pulak nanti!

Terdapat beberapa perkara yang kita perlu jelas sebelum berbincang tentang perkara ini. Iaitu yang pertamanya, apabila sesuatu amalan itu melibatkan urusan agama atau lebih tepat lagi, deen, segala sesuatu adalah haram dilakukan melainkan apa yang ada di dalam nas (Qur'an dan Sunnah). Ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW:


Daripada Ummul Mu'minin, Ummi Abdullah, A'isyah RA, katanya; RasuliLlah SAW, telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini (Islam), yang bukan daripadanya maka ia adalah ditolak."
[Bukhari & Muslim]

Dan di dalam riwayat Muslim, "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari suruhan kami maka ia adalah ditolak."

Dan berdasarkan hadith yang disebutkan itu, apa-apa yang berkaitan dengan soal ibadah maka hendaklah ia berdasarkan sunnah RasuluLlah SAW, tidak lebih dan tidak kurang daripada apa yang dituntut, supaya ibadah itu diterima di sisi Allah SWT.

Kemudian konsep yang kedua, para ulama' telah bersepakat bahawa terdapat empat sumber dalil yang disepakati yang boleh diterima sebagai hujjah di dalam soal deen:
  1. Al-Qur'an.
  2. As-Sunnah.
  3. Ijma' Ulama'.
  4. Qiyas.
Walaubagaimanapun, Imam Hassan al-Banna di dalam "Usul Dua Puluh"nya, hanya meletakkan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai pegangan utama. Ini adalah kerana Ijma' Ulama' dan Qiyas juga tidak lari dari merujuk kepada al-Qur'an dan Sunnah. Dan Ijma' Ulama' serta Qiyas itu lebih bersifat kontemporari atau waqi'i.

Disebabkan itu, maka kita perlu jelas bahawa mimpi itu tidak boleh dijadikan sebagai hujjah di dalam apa-apa bentuk sekalipun. Meskipun, seseorang itu bermimpi telah berjumpa dengan RasuluLlah SAW dan di dalam mimpinya itu beliau disuruh berbuat sesuatu. Macam itu jugalah kes diatas, berkaitan dengan mimpi Syeikh Ahmad.

Konsep yang ketiga yang perlu kita garap adalah berkaitan dengan aqidah kita. Andaikata keyakinan kita adalah betul, maka kita mempunyai aqidah yang suci (dalam aspek ni lah...). Iaitu:
"Kita mempercayai, meyakini dan beriltizam dengannya bahawa, kebaikan dan keburukan itu, tidak dapat menimpa diri kita, atau orang lain, atau sesuatu apa yang lain, melainkan dan hanya dengan izin Allah SWT sahaja semata-mata."
Konsep ini adalah konsep yang sangat penting, dan konsep ini adalah konsep yang nak di"high light"kan di sini. RasuluLlah SAW, telah bersabda di dalam hadithnya ini, dan di dalam al-Qur'an sendiri pun terdapat banyak ayat yang mengajar kita tentang hal ini.

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanNya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Yunus, 10:107]

"Apa sahaja rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahanNya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[Fatir, 35:2]

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yangberiman dengan Allah nescaya Dia memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[at-Taghabun, 64:11]

Ayat-ayat tersebut dengan jelas lagi terang dan nyata menyatakan bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa ke atas segala perkara, sama ada yang baik atau yang buruk. Dan tidak ada ada yang dapat mengubahnya.

Kemudian konsep yang keempat ialah, segala perkara atau urusan yang telah diwajibkan oleh Allah SWT, dan disebutkan di dalam Qur'an atau melalui Sunnah RasuluLlah SAW, tidak memerlukan "dalil" tambahan selain dari Qur'an dan Sunnah itu sendiri. Sebagai contoh, ada orang bermimpi disuruh oleh "Nabi" mewajibkan solat. Kemudian dia jadikan ia sebagai hujjah kepada orang lain supaya orang ramai menunaikan kewajipan sedangkan telah disyrai'atkan solat di dalam Qur'an dan Sunnah. Tindakan ini adalah tidak betul, bahkan setiap yang wajib itu perlu disandarkan kepada dalil yang diterima sahaja. Insya Allah di dalam post-post yang akan datang ana cuba usahakan satu post yang menyatakan tentang sikap kita terhadap mimpi, insya Allah.

Kesimpulannya, yang sangat best menepati ayat Qur'an di bawah:
"...Aku hanya bermaksud (mendatangkan) islah (pembaikan) menurut kemampuanku. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya (pula) aku kembali."
[Hud, 11:88]

Dah banyak kali ana dapat benda ni dari member², so kali ni nak yang tak paham tu paham... Dan kalau boleh, sebarkan post ini bersama-sama dengan teks asal berkaitan dengan mimpi tu. Makin ramai orang yang paham, makin banyak pahala yang korang dapat. Konsep macam kat [al-Baqarah, 2:261] dan MLM je... Tapi jangan pulak sebarkan surat berantai tu sahaja... Sangat salah perbuatan tersebut.

iLaL LiQa'.

p/s: kalau ada silap dan salah tolong sound cepat-cepat ye...

6 comments:

'Umayr SRA said...

So the verdict?

Boleh sebarkan mesej rantai macam tu ke tak boleh?

Mashizaki Keikan said...

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini"

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar(shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.

Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

Mashizaki Keikan said...

Yang itu secara faktanya... Tentang tindakan yang diambil oleh MFK. Dan MFK juga ada sebut hukum menyebarkan surat berantai ni.

Tapi secara konsepnya, apa yang ditulis di dalam post ini lebih menghuraikan tentang apa yang patut kita faham supaya kalau ditwistkan dengan benda² lain, kita tak tertipu. Bahkan kita jelas dengan kefahaman yang benar.

Mashizaki Keikan said...

Btw, bila ingat-ingat balik... Masa kat matrik tu, bundle yang tebal tu jadi kertas conteng matematik... AlhamduliLlah dapat A... Hehehe...

Anonymous said...

surat seperti ini tidak boleh dijadikan hujah, sudah cukup Al-Quran dan Hadith sebagai panduan.

Mashizaki Keikan said...

Ya, memang benar... Kita harus melakukan sesuatu agar ummah ini kembali berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah dalam konteks yang sebenar...