Untukmu Saudaraku

|


Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat. Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tunggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk sukses. Inilah karekteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan keperibadian Islami (takwin asy-syakhshiyah al-Islamiyyah).


Walau jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak seorang dari mereka pada setiap hari agar mahu bergabung dalam da’wah Islamiyah, maka perlahan tapi pasti kita telah mengentaskan mereka dari kehinaan jahiliyah menuju kepada kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.


Bukankah ini tujuan da’wah? Bukankah mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan yang bijaksana dan akan membuahkan hasil yang jelas? Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Jika individu bisa menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan berdiri tegak.


Dalam jamaah da’wah Islamiyah sendiri, kita mengadakan suatu program yang kita sebut dengan projek al-akh al-wahid, yaitu setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota baru dalam satu tahun.


Tidak seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana perputaran waktu adalah bahagian pengubatan dan pembentukan (al waqtu juz'un minal 'ilaj wat takwin). Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat. Umat yang mengerti betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan pernah mati.


Ini semua akan bergantung kepada para da'i dalam memandang kesucian dan urgensi risalah da’wah serta bergantung kepada pengorbanan para da'i, baik harta, tenaga, mahupun waktu.


Yang perlu diperhatikan oleh para da'i pada masa pembentukan (fasa takwiniyab) adalah memberikan uswah hasanah, bertujuan menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang Islam. Ini harus dilakukan dengan kemantapan iman, pemahaman yang universal, dan bertoleransi dalam masalah-rnasalah khilaf dan furu’.


Metode da’wah haruslah secara tadarruj (bertahap), sebagaimana firman Allah S.W.T.:

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."

(Asy-Syu'ara, 26:214)


"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik."

(Al-Hijr, 15:94)


"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab dianiaya. Sesunggubnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka itu."

(Al-Hajj: 39)


Dari anasir jahiliyah, Rasul mencetak pasukan hidayah. Dari anasir hidayah, Rasul menakluki negen-negeri toghut. Di jalan itulah, Rasul meletakkan sistem da’wahnya.


Sumber: "Jalan ke Hati" Abbas 'Asisi

No comments: