Hanya kerana itu...

|
SalamuLlahu 'alamani taba'al huda...

This was once posted in the mail...
A long time ago lah...

Bagi yg dah baca kalau nak baca suka hatilah
tapi yang belum, silakan...

Btw, "aku" cerita ni bukan ana..!



---
BismiLlah...

Dunia kulihat bermacam-macam ragamnya... Lagi² sedang ia pertengahan zaman yang dikatakan moden ini. Dalam banyak aspek ia telah berubah dari baik kepada buruk, dan dari buruk ke lagi buruk. Aku hidup di dalam period amerika (l.a.) membuat dajal di bumi-bumi saudaraku, juga di dalam zaman isme² kuffar telah menjadi dominan di dalam pemikiran umat Islam, juga di dalam era di mana ramai yang tidak mengerti konsep ilah dalam erti kata yang sebenar.

Semenjak akhir-akhir ini, duniaku telah dikecikkan. Daripada dunia global kepada dunia campus. Aku kehairanan, aku bagaikan seorang pedagang yang asing. Duniaku berlainan dengan dunia orang di sekililingku... Aku melihat orang di sana-sini bercouple. Dari yang sebesar-besar kepada yang sekecik-kecik makhluk yang bernama manusia.

Aku kehairanan melihat perbuatan mereka... Sebabnya mudah sahaja... Aku tidak mempunyai couple. Ha haa... Pelik rasanya... Aku bukanlah orang yang boleh dikatakan tinggi imannya. Tahapku tidaklah seperti orang yang mampu membenci kemungkaran dan menjelmakan ia dalam bentuk yang praktikal (membantai pemungkar-pemungkar tersebut!!!). Diriku ini juga tidaklah baik sangat dari segi pemakaian dan hu-haa juga kadang-kadang. Memakai pakaian jeans dan berbuat lawak dalam kelas. Bukanlah juga diriku ini orang yang hanya duduk di masjid² Allah dan berzikir 24-7, atau ber'uzlah dan berada di dalam bilik seandainya tiada kelas. Tetapi aku dapat merasakan suatu perasaan keterpelikan di dalam diri ini.Aku tidak mempunyai awek!

Diriku me reflect balik kejadian ciptaan Tuhan ini. Aku melihat wajahku tidaklah hodoh sangat, dan lebih baik lagi berbanding kehenseman purata masyarakat campus.
Mataku...
Hidungku...
Telingaku...
Kulitku...
Ketinggianku...
Suaraku...
Susuk badanku...
Pada pandanganku ia cukup baik, sederhana seperti sederhana orang terdahulu yang bernama Yusuf a.s. Dan dalam pemerhatianku, orang-orang yang lagi hodoh juga mempunyai teman yang digelar sebagai "awek".

Bertambah lagi kehairanan aku kerana diriku ini mempunyai prestasi akademik yang cemerlang jika dibandingkan dengan orang yang tarafnya sama denganku. Tidaklah sperti Muhd Firdaus kelulusan Fizik dari UPM tu (yang mendapat 4 rata setiap sem!), hanya first class sahaja... Tetapi mereka masih mempunyai awek dan yang aweknya ada "balak??". Terlintas juga di hatiku bermacam-macam persoalan, tetapi ku padamkan begitu sahaja.

Kepelikan yang terbuku di sanubari ini bertambah lagi. Ini kerana di dalam kebanyakan bidang lain pun diriku ini agak menonjol, dan sering kali jugak aku mencapub di kalangan masyarakat kampus di atas perkara yang boleh dipuji (atau dengan erti kata lain; perkara baik...).

Di dalam bidang sukan pula, sering kali aku menggondol anugerah juara. Tetapi masih juga single... Tidak bercouple, tidak beraweks, mahupun kekasih yang dapat berdampingan denganku di masa lapangku.

Aku menscan balik diriku...
Mencari sebabnya aku masih single tak berawek...
Tidak lamapun...
Aku telah menjumpai sebabnya...
Rupa-rupanya hanya kerana itu...
Allah menegahku dan
tidak redha perbuatan itu...
Hanya kerana itu...

Seandainya Allah memberi dan meredhai aku beraweks dan bercouple, nescaya aku pasti menjadi rang pertama yang melakukannya. Aku pasti menjadi Qudwah dalam hal ini...
Aku akan menunjukkan contoh kepada orang lain, supaya mereka turut melakukannya. Akan tetapi, apakan daya... Allah kekasih agungku, melarangnya... Maka hanya kerana itu...

WaLlahu a'lam.

11 comments:

[ Nazihah ] said...

huhu..saspen je baca.Tapi suka bangat endingnya.."Kenapa saya tidak berawekss??"

Mashizaki Keikan said...

hmm... aku tu bukan ana... hehehe..

Anonymous said...

eheheh..ana penah bace nih!^_^ teruskn..teruskn tidak berawek.. ;-)

Mashizaki Keikan said...

ops... lupa nak sebut... "aku" kat dalam cerita ni bukan ana... cerita ini hanya rekaan semata-mata... xde kaitan dengan mana² orang kat dunia ni... tapi, mesejnya tu yang kita nak..

[ Nazihah ] said...

No matter he/she is, the most important thing is the message delivered..And kite dikalangan orang seperti dia..

Anonymous said...

Btw, "aku" cerita ni bukan ana..!

Hehe..die baru edit!! :-p yup, betul..setuju ngn Nazihah. ade mesej di situ.. ^_^

Mashizaki Keikan said...

yaa.. betul...

'Umayr SRA said...

Macam penah dengar arizam citer je nih... Ye la kan. Anak buah naqib. Huahaha!!

Anonymous said...

hm,,,"aku" tu bkn ana??
quite surprised if it was really u...but,dat "aku" sounds like u...haha

wuteva it is, really agree wif the point dat "aku" trying to deliver..hm, pasrah je r...ade jodoh xkemane, xde jodoh nk wat mcm mne...hee_

Anonymous said...

hm,,,"aku" tu bkn ana??
quite surprised if it was really u...but,dat "aku" sounds like u...haha

wuteva it is, really agree wif the point dat "aku" trying to deliver..hm, pasrah je r...ade jodoh xkemane, xde jodoh nk wat mcm mne...hee_

Mashizaki Keikan said...

A tazkeer for me and everyone else... So that we remember that all the amal we do should be done with the consideration of Allah's redha on us...