Sibuk Dengan Iman

|
Seseorang yang hebat adalah yang hatinya sentiasa mendahagakan sesuatu. Apabila disibukkan dengan urusan keimanan maka dia akan menjadi penegak dan penjaga deen ini. Tetapi apabila hatinya tidak disuapkan dengan keimanan, nescaya dialah orang yang sangat rugi dan sangat kuat penyesalannya di akhirat nanti.

Orang-orang yang imannya kuat pasti akan disibukkan dengan urusan-urusan qawi (kuat), sedang orang yang tiada iman pasti akan disibukkan dengan dunia dan kelaghoannya. Lalu rosaklah imannya walaupun dia mengakui bahawa imannya baik. Tidak, itu adalah satu pengakuan yang dusta kerana ar-Rasul pernah penyebut:

ليس الإيمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هو ما وقر في القلب وصدقه العمل
"Bukanlah keimanan itu dengan berangan-angan dan bukanlah juga dengan perhiasan, akan tetapi ia adalah apa yang diikrarkan di dalam hati lalu dibenarkan dengan amal"
(Hadith)

2 comments:

Anonymous said...

Slm...
Blog yg menarik... Apa we are the best group, hehe..

Mashizaki Keikan said...

"Apa we are the best group"... tak paham... Sorry eh? hehe