Kahwin dan Da'wah?

|
Pernah di dalam suatu program kem X, seorang ustaz pernah bercakap berkaitan dengan topik da'wah. Dan di dalam itu, dia telah menyebut atau mengatakan sesuatu:

"Kamu janganlah jadikan da'wah itu tempat mencari pasangan." (Atau lebih kurang maknanya)

Apakah pandangan pembaca sekalian?

Saya insya Allah akan memberi komen sedikit sahaja selepas mendapat tahu pandangan pembaca sekalian.

18 comments:

alonq_exe said...

BismillahirRahmanirRahim.

Aku percaya yang ustaz tu merujuk kepada niat masing2 yang datang ke kem tu. Ye, amalan bergantung kepada niat kite.

Kalau ke program dakwah dengan niat nak belajar, insyaAllah dapat ape yang diniatkan.

Kalau untuk cari pasangan, insyaAllah dapat juga.

Macam kisah hijrah dulu. Boleh?

p/s: Menjawab soalan tak ni?

Zakeri said...

salam,

anyway, memang betul, niat ada peranan walaupun dalam dakwah...haha..

teringat, satu ketika dulu, ada kenyataan, memang ada orang, yang pergi masjid, untuk mencari jodoh, dan die bertemu dengan jodoh, yang juga pergi ke masjid, dengan niat untuk mencari jodoh...so kenelah dua2 sekali..

anyway, ada yang ikut program, sebab nak cari zaujah yang solehah, yang baik, dan pastinya, die akan dapat orang yang juga, pergi program, ikut program, untuk cari zaujun yang soleh...

hehe...

Anonymous said...

salam
sekadar berkongsi pendapat

Jika seluruh hayat kita diwakafkan untuk jalan da'wah, maka tidak timbul lagi isu menjadikan da'wah tempat mencari pasangan. Bila tiba masanya dimana interval dari hayat kita perlu digunakan untuk mencari pasangan, maka ia berjalan bersama-sama dengan kerja da'wah. Jodoh memang telah ditentukan namun seperti hidayah, kita perlu berusaha mendapatkannya. Urusan mencari jodoh bukan pula suatu yang remeh kerana ia langkah pertama (setelah memantapkan diri sendiri) untuk membina baytul muslim.

Berbeza jika kita menyertai da'wah untuk mencari pasangan. Tidak dinafikan wujud golongan sebegini yang ingin mengambil jalan pintas dalam mencari kesempurnaan. Silap perhitungan, banyak kepincangan yang akan timbul kemudian harinya jika kita tidak cukup bersedia. Akhirnya entah kemana individu muslim kita, dan entah kemana baytul muslim kita.

Perlu diingatkan DA'WAH suatu proses yang sangat panjang dan tiada hujungnya. Yang kita hadapi cumalah siri-siri daripada usaha kecil kita dalam proses yang sangat panjang itu. Pelihara niat kita, dan sematkan dihati kita, segala yang kita lakukan (termasuk mencari pasangan) adalah untuk mencari redho Nya.

Common sense sahaja.
Wallahua'lam

Anonymous said...

Ana setuju dengan pendapat di atas ni.

Penting untuk betulkan niat. Betulla ustaz tu cakap. Kita dakwah kerana Allah. Tarbiyah diri kena bagi mantap...tapi bukan tunggu mantap baru nak kahwin. Kahwin tu is a part of tarbiyah...goes on sampai mati.

Idealnya, hidup mati kerana Allah. Tiba masa Allah bagi pasangan, akan ada waktunya. Dengan sesiapapun jgn sampai mati dakwah + tarbiyyah.

Kahwin + Dakwah tak sama. Perkahwinan kerana dakwah, itu lebih murni.

btw, berdoalah agar Allah jodohkan kita dengan orang yang sefikrah.

Wallahu'alam.

Mashizaki Keikan said...

hmm... teruskan perbincangan...

[ Nazihah ] said...

menarik..menarik..
tak sabar menanti pandangan yang seterusnya O_o
lagi2 pandangan manusia yang seperti saya ^_^

Mashizaki Keikan said...

ok, where is your pandangan then?

thaaqhib said...

salam,

erm.. dakwah medan perkahwinan?

hahah!!

teori = pasangan yang faham fikrah tarbawiyah hanya boleh dapat di medan ini

praktikal = ramai ikhwah dan akhawat bertemu di medan ini

teori = niat berdakwah semestinya ikhlas kerana allah..dengan itu tak wujud niat berkahwin

praktikal = NIAT MUDAH TERGANGGU

respons saya berdasarkan 2 teori dan praktikal tadi = bila start masuk medan ini, terus niat kerana allah dan juga masukkan dalam fikrah kita bahawa memang pasangan berfikrah berada di medan dakwah. CUMA!!! kerana niat mudah terganggu..maka, perlu sentiasa tajdid niat.

to me, if bincang panjang2 tajuk ni~takut jadi hipokrit pada diri sendiri..sebab, when it comes to PERASAAN..erm~ hanya diri sendiri yang tahu..

secara zahir, kita cakap kita ikhlas kerana allah.. tp dalam hati, kita pikir lain

sahabat yang ade kes time hijrah pon..bermain dengan masalah hati kan~

Anonymous said...

bro,
lama x singgah

satu benda je nak cakap,
anta ni ada pape ke sekarang?
tgok tajuk entry anta, mula-mula ta'jub, pastu orang lain x tau, cinta, maharnya, baytulmuslim, sekarang kahwin dan da'wah pulak.

rindu xder ke?
xper, ana paham..

Mashizaki Keikan said...

oh-ho? baru nampak link antara post-post yang ana buat sendiri... rupanya eh?

Mashizaki Keikan said...

taklah, ada lah orang tu nak kahwin dah... ntah siapa ntah?

ta'jub: takde kaitan dengan apa-apa.
orang lain tak tahu: berkaitan dengan amal dan bukan perasaan, well ada lah berkaitan dengan perasaan, tapi perasaan iman lah...
cinta: lebih berkaitan dengan perasaan terhadap Allah, Rasul dan Jihad.
maharnya: mahar adalah sesuatu yang tok syeikh-tok syeikh ikhwan sebut di dalam menghuraikan thiqah; "Sesuatu yang dibayar maharnya". Maka keadaannya pun sama di sini.
baytul muslim: tu orang lain punya...
kawhin dan da'wah: yang ini baru tak dinafikan bahawa isu ini sangat penting, secara teorinya dan praktikalnya.

Ok? Macam tu sekali enta melihatnya eh? Kaitan antara post-post ana... Hoho~

Anonymous said...

ohho bro~~

ntah macmana ana boleh perasan. risau jugak kalau orang macam ammar ni tetiba berjangkit penyakit tu.

anyway, kalu dah sampai masanya, tunggu apa lagi kan?

Mashizaki Keikan said...

mungkin belum kot... kita tunggu dan lihat... hoho! anyway, who are you? being anonymous is not a good act of conduct.

[ Nazihah ] said...

sengaja mahu jadi yang terakhir..bak kata ust Hasrizal, jangan hanya fikir sampai pelamin fikir sekali hingga lampin..kalau versi saya, jangan hanya fikir sampai bait al-muslim/bait ad-dakwah fikir hingga UA..jika melangkah ke tangga 1 pun bukan kerana allah, jika melangkah ke tangga 2 juga bukan untuk Allah,kata bye..bye pada UA [itupun jika yakin piawai keredhoaan Allah pd kita dgn UA]Pak Hassan kata kita MILIK UMMAH, zainab al-Ghazali kata " Saya mengahwini abg kerana dakwah, jika abg menganggu perjalanan dakwah saya, kita akn berpisah " Fuuhuu, semoga Allah bagi kekuatan untuk yakin dan beramal dengannya..

Mashizaki Keikan said...

p.a.k..h.a.s.a.n.?

[ Nazihah ] said...

Hassan Al-Banna

M said...

perbincangan menarik.
bagi ana apa yang diutarakan ustaz itu memang ada maksudnya yg tersendiri. macam mana penafsiran kita?
bagi ana, kalau awal2 dah niat nak mancari jodoh, memang jodohlah yang kita dapat. seperti apa yang Rasullullah katakan dalam hadis pertama...
tapi jodoh yang macam mana? baik ke untuk kita. kadang2 Allah bagi apa yang kita nak, kalau kita dah nak sangat tapi ujian yang kita terima selepas tu, selepas apa yang kita hajati tu tercapai... macam mana kita hadapi?
dengan keimanan?
dengan berserah?
dengan mengalah?
banyak risiko perkahwinan kalau niat salah...
kalau tak suami buat hal, anak mungkin tak dapat dikawal. itu semua ujian buat penghapus dosa.

sekadar memberi pandangan.
my own opinion.

Mashizaki Keikan said...

saya sedang menulis satu artikel menghuraikan dengan panajng dan lebar berkaitan dengan tajuk ini. Saya takut ianya terlalu panjang! (Takut sendiri tak dapat menyempurnakan... hoho!)