Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)

|
Ni saje takde kerja, layan Dhany punya tagging. Apa-apalah... Sorry eh Dini Syarif, ana copy paste aje? Malas nak type baru!

Tag ini dinamakan; Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)

Moga-moga tag ini dapat memberi pencerahan berkenaan usrah, dan lebih ramai yang dapat mengecapi nikmatnya usrah!

Jawab lima soalan mudah (tak payah goreng panjang-panjang);

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Sebenarnya dah lama dah ikut sistem usrah, dari zaman kanak-kanak. At that time I was in standard 5. Tapi the real usrah bermula hanya bila dah masuk sekolah menengah, and bila dapat tahu yang my group usrah is the group yang ditargetkan jadi naqib. So time tu mula lah serious sikit. Kalau tak memang main-main je.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Hmm, kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang banyak saya kenali; mereka umpama (umpama aje tau!) revert yang menjumpai usrah sebab mereka sendiri yang nak join. Tapi kami yang dari sekolah dah ikut usrah ni umpama orang yang lahir-lahir dah dapat nikmat ni. Hanya disebabkan saya dimasukkan ke SRI Hidayah, saya dimasukkan dalam sistem usrah. And that starts from standard 5, just after returning from England.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Sebab terpaksa. Tapi ini dulu-dulu lah. Ingat lagi suatu ketika dulu, ustazah buat usrah lepas Jumaat kita saje buat-buat balik lambat dari solat Jumaat. Langsung terlepas terus dari usrah hari tu. Dah ponteng satu hari. Kalau sekarang macamana? Hmm, itu mungkin boleh dilihat dan diperhatikan melalui post-post yang saya hantar dalam blog ini yang ada kaitan dengan lablel Da'wah & Tarbiyah, atau post Ciri Yang Kita Ingin Capai atau lain-lain (boleh pi check sendiri ye?).

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
Rasa bersyukur sangat-sangat (ceh! memang jawapan standard semua orang).

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
  1. Kefahaman.
  2. Keikhlasan.
  3. Amal.
  4. Ukhuwwah.
  5. Tajarrud (masih sedang berlaku).

Peraturan Tag:
  1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
  2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
  5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Dengan ini ana mengetag:
  1. 'Abidah Ali
  2. Asyraf Aminuddin
  3. Fakhruddin Afif Fauzi
  4. Shahidan Shaarani
  5. Zaid Mohd Nor

2 comments:

Dini Syarif said...

Fuh! Kiranya kami ni umpama revert la ek? Hehe...

Btw, btol la. Perumpamaan yang cukup cantek.

Muslim yang sedari lahir Muslim, selalu gagal mengecapi indahnya Islam.

Sedangkan revert, masyaAllah! Bila kembali kepada Islam, ramai jadi insan hebat (kecuali Siti Fatimah Tan Abdullah).

Sama juga macam usrah.

Bila dipaksa-paksa, mungkin rasa tak seronok.

Tapi sekali bila dah rasa nikmatnya... Fuh, lemak berkrim!

Aiskrim Magnolia pun kalah!

Mashizaki Keikan said...

Haa... tapi tak dinafikan peranan golongan orang yang dah ikut daripada awal. Macam sahabat Rasul yang bernama Huzaifah al-Yamani.