Rahmat Allah

|
Ana. Ana mengguna ana sebab ana nak guna ana dan ana digunakan dalam keadaan ana tengah mengambil kedudukan yang mana artikel ini ditujukan buat orang membahasakan dirinya ana -enta-enti dengan ana. Dan ini tidak ditujukan buat orang lain yang selain dalam kelompok yang dinyatakan sahaja. Buat anda yang membaca juga, ambillah pengajaran dan 'ibar supaya kita tak menjadi puak-puak negatif yang merosakkan.

--

Hati ini tidak tenang. Apabila kadang-kadang membaca email daripada sahabat-sahabat. Hati ini tidak tenang apabila terbaca post-post dari blog-blog sahabat. Kenapa? Marilah kita merenung ayat yang Allah sebutkan ini:
"Maka dengan sebab rahmat Allah kamu bersikap lembut terhadap mereka. Dan sekiranya kamu bersikap kasar lagi keras hati, pasti mereka lari dari sekelilingmu. Maka maafkanlah mereka, mintalah keampunan (dari Allah) untuk mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka di dalam urusan. Dan apabila kamu dah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepadanya)"
[Aali 'Imran, 3:159]

Dan juga marilah kita merenung suatu kata-kata yang mulia dari yang termulia dari kalangan hamba-hamba Allah, iaitu kata-kata dari Muhammad (SAW):
Daripada Abu Hurayrah (RA) bahawa RasuluLlah (SAW) telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam sahaja, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
[Bukhari & Muslim]

Betapa mulianya ajaran yang dibawa oleh Nabi, yang mengajar kepada kita erti akhlaq. Akhlaq yang dikaitkan dengan aqidah, kerana perbuatan-perbuatan yang diajarkan tersebut merupakan akhlaq-akhlaq yang mulia, dan kepercayaan kepada Allah dan hari Akhirat merupakan aqidah sebahagian daripada aqidah seorang muslim.

Ar-Rasul mengingatkan kepada kita, seandainya kita beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah kita berkata yang baik atau diam. Dan Allah pula berfirman untuk mengingatkan kepada kita bahawa sahabat-sahabat yang berada di sekitar kita hanya menjadi ikhwah dan akhawat kita disebabkan rahmat Allah. Andaikata Allah ingin menghentikan rahmat Allah, sudah tentu hasilnya adalah kita akan tinggal keseorangan di atas bumi yang penuh ranjau dan duri ini.

Begitu cantik sekali taufiq yang Allah berikan kepada Hassan al-Banna, yang dengan hidayah Allah beliau telah mengeluarkan kata-kata ini:
"Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari darinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama-sama dengan orang lain."
[Ukhuwwah, Risalah Ta'alim]

Maka disebabkan keutamaan itu, pasti seseorang itu akan sentiasa merenung hadith ini dan cuba membuahkan amal daripadanya:
Daripada Abu Hmazah Anas bin Maalik (RA) yang merupakan khadim RasuluLlah (SAW), daripada Nabi (SAW), Baginda telah bersabda: "Tidak (sempurna) iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri"
[Bukhari & Muslim]

Maka, hadith ini akanmembuatkan kita sentiasa terfikir; "Adakah akhi/ukhti suka kalau aku buat ni kat dia? Adakah ana sendiri suka kalau dia buat kat ana?". Dan hasilnya, persoalan-persoalan ini menimbulkan perasaan ithar di dalam hati hamba-hamba Allah yang mulia ini. Lantas amal yang mereka lakukan pasti tidak menyakiti hati akhnya. Kita tidak terlalu keras dalam bahasa kita, atau mengeluarkan kata-kata yang keji lagi menyakitkan hati...

Tetapi masalahnya, berapa ramai yang TAHU konsep mudah ini tapi TAK beramal dengannya?
Maka ana tidak akan bersama dengan mereka...

1 comment:

As said...

tersirat namun tetap jelas..
alhamdulillah, syukron for the reminder.

Ithar tu ape ye..?

keep on writing..

wassalam..