Aku dan Perkahwinan

|

Sejak kebelakangan ini, tempias-tempias perkahwinan sering terkena pada diriku ini. Mentang-mentanglah abang ana dah berkahwin, maka ana lah pulak yang terkena tempias dia... Di majlis walimahnya lagi orang telah bertanya soalan, "enta bila lagi?"... Andaikata hanya seorang dua sahaja yang bertanya masih lagi boleh diterima, akan tetapi pada hari tersebut sahaja dalam perkiraan ana sudah melebihi lima belas kali soalan tersebut diajukan kepada ana. Apakah..?

Sesungguhnya sebelum-sebelum ini, adalah juga bergurau dengan para senior. Mereka juga kadang-kadang menyampah juga dengan soalan seperti itu. Maka dari itu, mereka telah menghasilkan pelbagai jenis jawapan yang menarik... "Bila rajin", "Hujung minggu", "Cuti nanti", dan lain-lain. Diri ana pula telah menggunakan jawapan yang ana dapat dari ink3r, "bila pihak perempuan dah bersetuju...". Tapi apa-apapun, ana terima kata-kata mereka yang bertanya itu sebagai doa agar mudah-mudahan ana bakal menyusuli abang ana tak lama lagi... (Hohoho... Amin!)

Walaubagaimanapun, ana melihat menurut pandangan ana, terdapat beberapa perkara yang perlu disettlekan terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari alam kebujangan. Andaikata dilihat dari perspektif masyarakat umum sekarang (mungkin juga termasuk dari kalangan ikhwah dan akhawat secara tak sedarnya), persediaan yang paling penting adalah persediaan material. Kena ada kerja, ada rumah, ada kereta dan lain-lain sebelum kahwin. Ana tidaklah mengatakan bahawa pandangan ini totally wrong, tapi apa yang nak dihighlightkan di sini ialah adanya perkara yang lebih penting dari hal tersebut.

Ya, persediaan yang lebih dan paling penting ialah persediaan iman. Bagi ana, iman merupakan perkara yang paling penting dan paling kritikal yang perlu dibina sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kerana dengan iman yang hebat, dari kedua-dua pasangan ia pasti akan meningkatkan possibility iman itu diwarisi dari si pasangan kepada anak mereka.

Persediaan iman itu sekurang-kurangnya sudah mula dimulakan sejak terdetiknya di hati empunya badan untuk berkahwin, sejak niatnya mula dipasang dan sejak mindsetnya sudah disetkan nak berkahwin. Bahkan persediaan iman itu pada hakikatnya sepatutnya telah bermula pada zaman balighnya lagi...

Persediaan iman akan memastikan bahawa cara kita berkenalan dengan bakal pasangan akan terpelihara, cara berhubung selepas itu terpelihara, cara perkahwinan itu terpelihara, dan hidup selepas perkahwinan itu juga terpelihara. Dan yang paling penting, suasana pembangunan si anak-anak selepas itu juga terpelihara. Hal ini adalah sangat penting dan ana meyakini bahawa setiap orang yang memahami Islam dengan kefahaman Islam yang sebenar akan melihat perkahwinan itu bukan sekadar untuk membina rumah tangga, bukan juga sekadar tempat melakukan "sesuatu" dengan halal, akan tetapi ia merupakan salah satu institusi terpenting dalam penghasilan generasi muslim yang tulen. Generasi inilah yang akan mewarisi perjuangan ibu bapa depa, seperti mana kami mewarisi cita-cita dan harapan ibu bapa kami di dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam.

Andaikata institusi baytul muslim (rumah tangga muslim) itu lemah, maka salah sebuah elemen terpenting dalam penghasilan individu muslim akan lemah. Maka generasi yang akan datang juga pasti akan menjadi lemah. Barisan pelapis yang dibina semakin lemah dan hasilnya... Islam dan ummatnya pasti akan bertambah ditekan oleh musuh-musuhnya. Wanita dan kanak-kanak menjadi korban di mana-mana. Tanah orang Islam dirampas dan bermacam-macam lagi. Adakah ini yang kita inginkan? Sedangkan hasrat kita ialah ingin mengembalikan Islam memerintah dunia?

Fikirkan... Fikirkan... Fikirkanlah wahai sahabat..!

Daripada Sauban r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Akan sampai satu ketika umat-umat mengelilingi kamu seperti anai-anai mengelilingi hidangannya." Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kami sedikit pada ketika itu? Jawab Baginda: "Bahkan kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih di air banjir. Allah mencabut rasa hebat daripada kamu dan Dia mencampakkan 'al-wahn' kepada kamu". Sahabat lalu bertanya: Apa itu 'al-wahn' ya Rasulullah? Sabda Baginda: "Cintakan dunia dan bencikan kematian."
[Abu Daud]

10 comments:

Zakeri said...

haha..nasibler...biasalah tu, selalu dah kene (dah terlepas keh keh keh...)

tiga jawapan:
1. jawapan skema:
""

2. jawapan biasa2:
"lepas raya"

3. jawapan sengal:
"bila rajin!!" <--yang ni my jawapan, 2 tahun lepas, hehe

Mashizaki Keikan said...

haa... inilah salah satu contoh senior yang mengajar kesengalan skema jawapan... zakri yang sengal-sengal ayam~

Anonymous said...

nice one~!!! ;-)

Mashizaki Keikan said...

makaceh..!

Anonymous said...

hahaha!! angah dan perkahwinan!! so.. angah dah sedie lom? hahaha!! dengan siape ye...

Mashizaki Keikan said...

weih... apa ni..? budak toksah sibuk-sibuk hal orang tua...

ink3r said...

bgs 'Ammar!! seronok sebab ada link nama ana!! huhuhu

Mashizaki Keikan said...

haha~ saper suruh ajar ana jawapan yang bagus...

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

nasib baik ade gambar ana hehe

Hafiz Ajmain said...

gagagaga...

ammar, yg penting, nak walimah, bagitau dulu calon2 nye, hehehe..