Tazkeer...!

|
Aku hanya seorang insan biasa. Seorang 'abd Allah yang langsung tiada daya dan kuasa melainkan apa yang Allah berikan kepadaku. Di sebalik banyak kelemahan yang ada ini, Allah telah memberikan kepadaku banyak peluang dan opportuinities untuk mentaqarrub diri kepadaNya...

Motivation...

Tuhanku menjadikan aku seorang yang mempunyai daya saing yang tinggi, dan suka membandingkan diriku ini dengan orang lain. Dan fitrah kejadian manusia itu mendorong aku sentiasa ingin menjadi hamba-Nya yang terbaik.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

[al-Hujurat, 49:13]

Aku ingin kembali kepada suatu zaman, di mana pada ketika itu imanku tinggi, dan taqwaku hanya Allah yang tahu ketinggiannya. Aku kembali kepada suasana yang sentiasa memperingatkan aku dengan kekuasaan Allah dan kelemahanku. Aku ingin kembali kepada bi'ah yang sentiasa mentazkeer... "enta dah berapa kali qiyam minggu ni?"... Aku merindui saat aku melalui zaman itu...

Alangkah rosaknya..!

Suasana menghakis...
Iman menurun...
Keyakinan merudum...

Alangkah rosaknya..!

Masyarakat yang kita hidup di dalamnya. Apabila berbicara, hanya yang mematikan... Apabila berkerja, hanya yang sia-sia... Apabila menuntut, hanya untuk kerjaya...

Marilah... Marilah kita kembali kepada zaman RasuluLlah dan para Sahabat. Zaman Generasi al-Qur'an yang Unik, yang tidak ada tolok bandingnya. Marilah kita mengimbau zaman kegemilangan generasi terdahulu dan menerapkan ia pada zaman ini. Sehinggkan kita beroleh kecemerlangan yang hakiki...

"...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

[Aali 'Imran, 3:185]

3 comments:

[ Nazihah ] said...

Sangat merindui zaman itu jugak..Waa rindunya untuk berada di Taman Hidayah..RINDU!!

Mashizaki Keikan said...

Tibalah masanya untuk kita bergerak... di dalam barisan yang tersusun...

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya tersusun berbaris-baris seperti binaan yang kukuh." [Saff:4]

...Marilah kita bersatu di bawah satu panji,yang mengajak kepada Allah dan keesaanNya. Dan me'unite' ummatal Islam supaya berpegang kepada tali yang satu...

"Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah..." [Aali 'Imran:103]

...Marilah kita bersama-sama mengambil Islam dan menegakkannya di dalam diri kita...Kerana kita yang memerlukannya...

"Apakah mereka mencari selain dari deen Allah? Sedangkan telah Islam apa yang ada di langit dan di bumi?" [Aali 'Imran:83]

Bahkan Islam tidak rugi dengan ke-tidak-Islam-an sesiapa...

"Dan barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai deennya, tidak akan diterima darinya dan dia termasuk orang-orang yang rugi pada hari qiyamat." [Aali 'Imran:85]

Sesungguhnya, sinaran kebenaran bakal menghilangkan kegelapan kebatilan...

"Wa qul ja'al haqqu wa zahaqal baatil, innal baatila kaan zahuqa" [al-Isra':81]

...dan itulah hakikatnya!

Fazilah said...

Semoga semuanya istiqomah. Betul-betul tanggungjawab yang sukar untuk digalas.

Hanya yakin dan iman yang kukuh padaNya, yang melapangkan segala.
InsyaAllah